in

“Manusia makin tidak manusiawi” – [VIDEO] Hari Tu Ada Yang Prank Bagi Sampah, Kali Ni Prank Bagi Kotak Kasut Berisi Mayat Bayi?

Feature 3 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral video prank yang dilakukan oleh Youtuber Indonesia yang mengagihkan kotak makanan berisi sampah kepada transgender di kawasan negara itu. Dia pun dah kena cekup dan telah dimasukkan ke penjara. 


Kali ini, seorang wanita lain pula mengaku menjadi mangsa prank apabila sebuah kotak kasut yang diterimanya sebenarnya berisi mayat bayi, lapor Detiknews. Sanggup betul manusia sekarang ni buat benda tak elok. 

Menurut wanita terbabit, kotak kasut tersebut telah diberikan oleh dua orang lelaki yang mengatakan kotak tu berisi hadiah kasut untuknya. Dia tak sangka apabila kotak terbabit dibuka, rupanya ada mayat bayi lelaki weh!

Kejadian tersebut telah berlaku pada Jumaat lalu di Cipayung, Jakarta Timur. Dua suspek dikatakan membonceng motosikal berwarna hitam ketika kejadian berlaku.

Prank 2

Namun, wajah si pelaku tidak dapat dikenal pasti sebab kedua-dua suspek memakai topeng. Buat masa ini kes masih lagi disiasat oleh pihak polis di sana.

Rata-rata netizen Indonesia juga kecewa sebab ramai lagi pasangan suami isteri yang belum dikurniakan zuriat namun yang ada anak pula buat macam ni.

Prank 3

Kenapa lah makin lama makin ramai yang berani buat prank macam ni? Tak takut dosa ke?

Baca: “Tega banget” – [VIDEO] Youtuber Indonesia Prank Bagi Makanan Berbuka Berisi Sampah dan Batu Demi Content  

Prank

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.