Sejak dari semalam tular satu video memaparkan seorang bapa membawa empat orang anaknya yang masih kecil untuk bekerja sebagai tukang kasut jalanan di Johor Bahru.
Menerusi video yang tular di TikTok, lelaki itu dilihat sedang memangku salah seorang anaknya yang masih bayi ketika melakukan pekerjaan, manakala tiga orang anaknya lagi dilihat sedang duduk berdekatan.
https://www.tiktok.com/@gadistudunglitup/video/7168723458141048090?q=gadistudunglitup&t=1676951217788
Berdasarkan video itu, kejadian ini katanya berlaku di CIMB Bank, Johor Jaya dan lelaki berkenaan hanya bekerja pada hari Sabtu sahaja.
“Pemilik video juga meminta para netizen untuk menyokong pekerjaan lelaki ini yang dilihat sangat gigih dalam mencari pendapatan demi menampung kehidupannya dan anak-anak.
“Diminta sesiapa yang nak memperbaiki kasut anda, pergi depan CIMB sapot abang ni. Dia adalah ayah yang bagus gigih mencari duit susu untuk anak-anaknya.
“Biar kita serbu gerai dia dan harap dapat menambahkan sedikit sebanyak pendapatan untuk keluarganya,” kata video itu.
“Terpaksa bawa mereka kerana tiada pillihan”
Susulan tularnya video berkenaan, lelaki bernama Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis, 24 menjelaskan bahawa dia terpaksa membawa anak-anaknya bersama ketika menjahit kasut kerana tiada pillihan, lapor Berita Harian.
Saya tidak mengabaikan anak dan terpaksa bawa mereka ketika menjahit kasut kerana tiada pilihan,” katanya.
Dia yang juga dikenali sebagai Mad ini memberitahu yang dia tidak mempedulikan tanggapan buruk orang ramai terhadap kerjayanya sebagai tukang kasut jalanan kerana ia rezeki yang halal untuk empat cahaya matanya.
https://www.tiktok.com/@gadistudunglitup/video/7169004332644306203?q=gadistudunglitup&t=1676951217788
Tambahnya lagi, dia juga sering memastikan keselamatan dan keperluan anak-anaknya ketika bekerja di hadapan sebuah bank dekat Taman Johor Jaya.
Mad juga memberitahu yang dia berdepan dengan pelbagai cabaran ketika menjaga anak-anak selepas berpisah dengan isteri setahun lalu.
“Kami tidak serasi dan mengambil keputusan untuk bercerai dan buat masa ini saya menjaga dua orang anak berusia tiga dan enam tahun manakala bekas isteri menjaga anak sulung dan bongsu berusia lapan tahun dan bayi berusia setahun.
“Keluarga saya bukan orang senang, ibu saya menjual pisang goreng di Taman Puteri Wangsa manakala bapa masih menjadi tukang kasut jalanan di hadapan sebuah pasar raya di Taman Johor Jaya,” katanya lagi.
Pekerjaan ini juga katanya mampu memberi nafkah sekitar RM50 setiap hari dan membelikan lampin pakai buang dan susu ikut keperluan.
Katanya lagi, pendapatannya berjumlah RM80 ke RM100 sehari, namun pendapatan itu berkurangan jika hari hujan.
Dalam pada itu, Mad juga tidak menyangka ada pelanggan yang prihatin dan menular kisahnya itu di Facebook dan TikTok tanpa pengetahuannya.
Apa-apapun admin doakan semoga bapa yang hebat ini sukses dalam pekerjaan dan dapat memberikan terbaik buat anak-anaknya.
Baca: Luah Rasa Sedih Lepas Hadiah Beg Diperlekehkan, Founder Charles & Keith Ajak Gadis Ini Lunch Bersama