in

“Hah kan dah terciduk” – Jururawat Ini ‘Kantoi’ Pukul Pesakit Lepas Mak Pasang CCTV Kat Rumah

Feature Image Nurse Jahat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ibu mendakwa bahawa anak lelakinya yang dijaga oleh jururawat di rumah telah didera oleh jururawat tersebut selepas dia memasang kamera tersembunyi.


 

Nurse Jahat
Sumber: mirror

Menurut Mirror, wanita yang dikenali sebagai Dawn Caldwell, dari Tennessee, AS, terkejut melihat hasil rakaman dari kamera tersembunyi menunjukkan jururawat itu menghentak, menampar, dan menggoncang anak lelakinya itu yang hanya terduduk di kerusi.

“Dia menghentak dan memukul dulang di kerusinya hanya untuk kejut anak saya dari tidur.”

Dawn memutuskan untuk memasang kamera bagi memantau keadaan anak lelakinya itu semasa dia dan suami keluar untuk bekerja.

“Pada 7 Julai 2019 suami saya dan saya meninggalkan rumah selama beberapa jam. Dalam perjalanan pulang ke rumah, firasat saya kuat mengatakan untuk pergi tengok hasil rakaman video” katanya.

Anak lelaki mereka yang berusia 20 tahun itu mempunyai Cerebral Palsy dan tidak dapat bercakap atau mempertahankan dirinya.

“Saya tidak mahu melihat dia kecewa. Dia tidak menangis seperti orang lain.’

“Dia juga tak boleh datang dekat saya dan bercakap, ‘hey, jururawat tu tadi dera saya’ “

Nurse Jahat 2
Sumber: mirror

Kesal dengan kelakuan jururawat itu, Dawn kemudian melaporkan kejadian tersebut ke pihak polis.

Dia turut melaporkan perkara ini kepada Adult Protective Services dan Lembaga Pengarah Kesatuan Jururawat.

Jururawat yang bernama Malana Smith didakwa dengan serangan Kelas B Misdemeanor Assault iaitu melakukan sesuatu yang boleh menakutkan dan mencederakan individu lain.

Menurut Jabatan Kesihatan Tennessee, jururawat itu akan ditamatkan lesennya pada 31 Ogos, 2021.

Hemm tulah, kalau kerja tu biar ikhlas. Kesian budak tu, dah la tengah sakit di pukulnya pula.

 

Baca: “Ada 4 pelajar pun tak boleh pantau ke?” – Budak 7 Tahun Meninggal Didera ‘Senior’ Sekolah Tahfiz Tak Berlesen

Iouy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.