in

Hadiah Dari Suami Makan Diri, Ubah Suai Nombor Pendaftaran ‘Adek Wani’ Disaman JPJ

syaz ft 2025 01 22T170817.600

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hadiah daripada suami sememangnya sangat dihargai oleh para isteri, namun ada kalanya hadiah itu memakan diri sama seperti insiden yang terjadi baru-baru ini.

Sebuah kereta jenis Honda City disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini kerana menggunakan nombor pendaftaran yang diubah suai menjadi perkataan yang memaparkan namanya iaitu ‘Wani’.


Artikel berkaitan: JPJ Akan Panggil Pemilik McLaren, Boleh Disaman Kerana Guna Nombor Plat Lain

Artikel berkaitan: JPJ Jalankan Ops Cermin Gelap, Ada Pemandu Beri Alasan Tak Tahu Peraturan Ditetapkan & Mahu Elak Cuaca Panas

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh JPJ Negeri Kedah, pemandu wanita yang juga merupakan pemilik kenderaan tersebut mengakui bahawa nombor pendaftaran itu adalah hadiah daripada suaminya sempena nama dirinya.

“Menurut Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959, “Jika mana mana orang yang menggunakan kenderaan bermotor yang padanya nombor pendaftaran atau dalam hal kenderaan sewa atau teksi, plat pengenalan tidak dipamerkan mengikut kaedah ini atau jika id dipamerkan dalam apa apa cara yang kabur, atau dibiarkan atau dibenarkan menjadi atau kekal tidak mudah untuk dilihat dengan jelas atau tidak ditunjukkan sebagaimana yang ditetapkan dalam kaedah ini maka ia didapati bersalah bagi suatu kesalahan” dan boleh dikompaun tidak lebih tiga ratus ringgit,” tulisnya.

JPJ Negeri Kedah menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya, tanpa mengira alasan atau niat di sebalik kesalahan tersebut.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.