Rasanya habis berterabur dah sekarang mereka yang terlibat dalam 1MDB berlari ke sana ke mari. Ada yang mula slowly hilangkan diri, ada pulak yang mengaku tak tahu apa-apa langsung. Namun menurut update terbaru mengenai siasatan ini, pihak SPRM katanya dah bekukan hampir 900 akaun bank yang ada kaitan dengan 1MDB. Fuhh banyak tu!
Menurut NST, sumber yang dipercayai dalam SPRM beritahu kesemua akaun ni dipercayai dapat manfaat daripada urusan perniagaan yang meragukan 1MDB.
“Mereka yang tidak lagi mempunyai akses kepada akaun mereka itu terdiri daripada beberapa individu yang dipercayai mendapat manfaat daripada 1MDB,” kata sumber tersebut.
Lebih mengejutkan, akaun bank utama UMNO juga antara yang dibekukan dan pemangku presiden parti tu, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata dia tahu mengenai hal ini lepas pihak SPRM hubunginya. Perkara yang sama jugak dilaporkan Sinar Harian di mana beberapa akaun bank UMNO Johor dan Pulau Pinang antara yang tersenarai. Opss habis semua kena beku ni!
Malah Zahid jugak menambah, “Tak ada jaminan bahawa sesiapa menjadi Presiden UMNO, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau anggota Majlis-majlis Tertinggi yang menang takkan disiasat SPRM kerana kita sekarang bukan lagi kerajaan.” So maknanya masa jadi kerajaan dulu pernah buat salah dan tak ada siasatan dibuat hanya kerana jadi kerajaan ke? Emm…
“Bertindak sebagai presiden parti, saya akan buktikan bahawa duit UMNO adalah daripada sumber yang sah.
“UMNO tak terlibat dalam penggubahan wang haram. Selagi saya memimpin parti ini, saya takkan biarkan sesiapa mengancam atau mendiskriminasi UMNO. UMNO mesti bersatu dalam memastikan parti ini bertahan daripada usaha melumpuhkannya,” kata Zahid lagi. Fuh bersemangat!
Walau macam manapun, Zahid katanya akan beri kerjasama penuh kepada SPRM berkaitan kes akaun yang dibekukan ni. Khairy Jamaluddin juga pada masa yang sama berharap pihak SPRM jalankan tugas dengan adil terhadap mereka dan bukan kerana sengaja nak membatalkan pendaftaran parti UMNO.
Menjawab kerisauan orang kuat UMNO, petugas khas 1MDB berkata mereka semestinya menjalankan tugas dengan adil dan professional dalam kes akaun bank yang dibekukan ni, lapor Malaysiakini.
“Semua pihak diminta beri pihak berkuasa ruang untuk menjalankan proses siasatan, dan diminta untuk jangan membuat sebarang spekulasi dan mensensasikan kes ini kerana takut ia akan mengganggu siasatan,” kata penyiasat.
Ingat Najib sorang je yang terlibat, rupanya beratus yang terbabit dalam 1MDB ni ye!