Remaja zaman sekarang ini memang kalau bosan-bosan, mesti nak buat Tiktok. Pantang nampak trend baru, mesti nak try buat. Biasa la orang-orang muda ni memang suka mencuba benda baru.
Sama seperti remaja ini yang nak ikut trend buat video Tiktok, tapi dia tak sangka benda lain pula yang terjadi sebelum video itu sempat disiapkan.
Alamak, meja terpatah!
Menerusi satu perkongsian video oleh syamelkonopi yang dimuat naik di Tiktok baru-baru ini, remaja ini pada asalnya nak buat video Tiktok tukar baju yang jadi trend sekarang ini. Tapi, lain pula yang jadi bila meja yang jadi tempat dia duduk selepas melompat itu terpatah.
Bukan patah sikit weh, banyak juga tau! Macam mana la nak bagitahu parents dia ni…..
@syamelkonopi
Tapi, lelaki yang mesra dipanggil Syamel ini sudah fikirkan cara yang unik untuk pujuk semula hati ibu bapa dia selepas dia terpatahkan meja itu tanpa sengaja.
Pujuk dengan kucing baru
Menerusi posting video yang lain, Syamel belikan siap-siap kucing baru sebagai tanda minta maaf sebelum dia menceritakan perkara sebenar dekat ibu bapa dia.
“Harap-harap tak kena halau.”
@syamelkonopi
Selepas menceritakan perkara sebenar, ibu bapa Syamel terutamanya bapa dia agak ‘frust’ bila tahu meja terpatah sebab anak dia buat Tiktok. Haih sabooor jelah.
Bukan itu sahaja, Syamel siap offer nak baiki semula meja yang dia patahkan itu tapi bila ditanya oleh ayahnya macam mana nak baiki, dia cuma tersengih dan terus bagi kucing baru yang dia belikan itu.
“Alhamdulillah tak kena halau gais.”
Pandai ye awak ambil hati mak ayah. Nasib baik la parents dia memang jenis suka kucing tau. Tak jadi nak marah bila dapat kucing baru yang comel macam tu.
Sumber: syamelkonopi
Baca:”Comelnyaa pangai mak dia”- [VIDEO] Sedih Kena Tinggal, Ibu Gigih Pujuk Anak Tak Bagi Belajar Jauh