Umumnya, Elfira Loy dah selamat diijab kabulkan bersama pasangannya Faris pada awal bulan lalu. Tapi tak sangka ada pihak yang boleh ungkit balik cerita lama.
Alahai! Bak kata P. Ramlee, “barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merancunlah diri”. Move on!
Habib Jewel tersilap upload gambar tunang Elfira Loy
Kita sedia maklum dengan ‘kisah silam’ tentang hubungan pelakon ini bersama Sufian Suhaimi dan masing-masing dah move on
Tapi Habib Jewel buat hal! Tak tahu lah nak gelak ke nak marah. Bukan admin je, netizen pun speechless bila ternampak post daripada mereka ni.
Gunakan gambar ‘throwback’ pertunangan Elfira Loy yang dulu tu untuk buat ucapan tahniah atas perkahwinannya. Seriously?

Pernah jadi duta Habib Jewel

Untuk pengetahuan, Elfira Loy pernah menjadi duta Habib Jewel suatu ketika dahulu, ada pihak mendakwa bahawa mungkin semasa hari pertunangan dia dengan Sufian dulu, dia ditaja oleh jenama produk barang kemas tersebut.
Bahkan ketika Elfira masih tunangan Sufian dahulu, mereka juga ada membuat ucapan tahniah melalui laman Facebook rasminya.

Disebabkan itu Habib Jewel sekali lagi nak buat ucapan tahniah pada Elfira dan berdasarkan gambar posting diatas, tarikh pertunangan El bersama Faris berlangsung pada Oktober 2017, tapi dalam gambar ucapan throwback pada pertunangan September 2018.
Jelas disini bahawa Habib Jewel tujukan pertunangan tersebut dengan Faris tapi gunakan gambar sewaktu pertunangan bersama Sufian Suhaimi.
Habib Jewel mohon maaf

Atas kecuaian mereka, netizen kecam dan pihak media sosial Habib Jewel tampil mohon maaf. Bagaimanapun ketelanjuran ucapan itu, membuatkan ia menjadi viral di Twitter dan rata-rata netizen tergelak dan terkedu dengan kesilapan teknikal tersebut.
Serious la Habib ni?! – Netizen
Terlajak perahu boleh berundur, terlajak update status kena screenshot. Alahai! Sabar je lah..Harap lepasni kena hati-hati ya..Lebih-lebih lagi dalam bab sensitiviti individu ni.