in

Guru Tular Gara-Gara Beri Pendapat Isu Rogol Buat Permohonan Maaf Terbuka

Untitled Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, dunia maya tempatan dikecohkan dengan isu rogol. Bukan saja menjadi buah mulut netizen, ia turut dipanaskan lagi dengan kenyataan seorang individu terkenal sehingga mengundang pula reaksi pelbagai pihak.


Ramai yang tak berpuas hati, jika punca berlakunya jenayah ini dibebankan ke atas golongan hawa semata-mata. Antara alasannya, kerana kaum wanita sendiri yang gemar menjaja kecantikan mereka untuk tontonan khalayak.

Pendapat ini turut diutarakan seorang guru dari sebuah institusi pendidikan terkemuka, menerusi rakaman bertajuk “B.E.B.E.L – Rogol” — yang dimuatnaik ke dalam laman Instagram miliknya pada 1 Julai lalu, sehingga ia tular dan mengundang kecaman netizen.

Susulan ramai yang tidak berpuas hati dengan pandangannya, satu petisyen turut diwujudkan mendesak satu tindakan diambil ke atas guru tersebut. Dan setakat artikel ini ditulis, ia telah mendapat hampir 20,000 tandatangan daripada warga maya!

Bagaimanapun, guru tersebut telah memuatnaik satu video permohonan maaf berdurasi 8 minit beberapa jam lalu di laman Instagram beliau.

Ia bertujuan untuk membersihkan nama beliau, keluarga dan organisasi tempat beliau bekerja, setelah menjadi sasaran kecaman serta cacian netizen. Di awal video tersebut, guru itu telah bersumpah dengan kalimah Wallahi Wabillahi Watallahi bahawa beliau bukan rape enabler mahupun rape apologist seperti yang didakwa.

Jelasnya, disebabkan kandungan yang sensitif dan tidak berlandaskan fakta yang jelas — video tersebut telah disalah tafsir, sekali gus mengguris hati ramai pihak. Malah, beliau turut mengakui telah memberikan pengucapan tanpa melihat skop dan realiti semasa yang lebih luas.

Selain itu, beliau turut mengakui telah menggunakan bahasa kesat tanpa sedar — yang tidak bersesuaian dengan kepelbagaian lapisan masyarakat di negara ini.

“Saya dengan penuh penyesalan, ingin memohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran ini,” ujar beliau.

Sebelum ini penelitian kami mendapati, video asal yang tular itu telah ditarik balik oleh guru terbabit namun ia sempat dirakam oleh seorang pengguna Twitter.

Ada dua video yang dimuatnaik, dan salah satunya telah mencecah satu juta tontotan! Malah satu kenyataan media daripada pihak alumni institusi pengajian itu juga turut dikongsi bersama.

Daripada penelitian kami juga, akaun Twitter guru terbabit turut telah dinyahaktifkan — yang mana sebelum ini beliau difahamkan memuatnaik status akan membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Namun tujuan laporan itu dibuat tidak diketahui.

 

Baca: “Tiba-tiba ada lelaki tunggu depan bilik” – Suami Sempat Selamatkan Isteri Daripada Dirogol Jiran Sebelah Rumah

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.