Korek hidung adalah antara aktiviti yang menjijikkan bila kita tengok orang lain buat tapi sedap bila kita buat sendiri. Tapi, siapa sangka aktiviti yang sepatutnya harmless ni hampir buat lelaki dari China ini hampir maut?
Menurut Shanghaisst, seorang lelaki yang tinggal di bandar Changsha, Hunan merasakan keinginan untuk mengorek hidungnya yang gatal memuncak selepas dia makan malam bersama keluarganya.
Bila semua ahli keluarga dah meninggalkan meja makan, lelaki ini telah mengambil sebatang chopstick dan gunakannya untuk korek hidung. Eee, dalam banyak-banyak benda kenapa nak guna chopstick?
Tu tak teruk lagi, nak dijadikan cerita, masa lelaki ni cuba bangun dari kerusi, dia tersadung dan terjatuh muka dulu ke atas lantai. OHHEMMGEE!
Disebabkan ini, sebahagian chopstick sepanjang 20cm yang dia gunakan untuk korek hidung tu termasuk ke dalam rongga hidungnya menyebabkan pendarahan akibat tusukan yang dalam. Allahu…
Lelaki ini kemudiannya dikejarkan ke hospital tempatan dan pakar bedah menjalankan pembedahan segera kerana takut jika berlaku pergerakan, chopstick itu akan tercucuk lebih dalam ke dalam kepalanya.
Nasib lelaki ini baik, pembedahan tersebut berjaya mengeluarkan chopstick dan kini dia sedang dirawat di dalam unit penjagaan rapi.
Lepas ni korang jangan nak cuba-cuba korek hidung guna objek-objek yang tak sepatutnya macam pakcik ni ehhh