in

“Guna rawatan tahun 1970an” – Pesakit Covid-19 di China Guna Mesin Sokongan Hayat Kontroversi, Akhirnya SEMBUH!

Mesin Ecmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada mulanya menjadi kontroversi dan diragui, tetapi kini terbukti berhasil. Itulah yang terjadi di China baru-baru ini di mana seorang pesakit Covid-19 berusia 62 tahun berjaya sembuh selepas dirawat menggunakan mesin sokongan hayat selama 111 hari. Pesakit lelaki tersebut dilaporkan telah dirawat menggunakan mesin extracorporeal membrane oxygenation (ECMO)



Menurut SCMP, sebelum ini penggunaan mesin sokongan hayat tersebut menjadi isu dan kontroversi kerana ianya dulu digunakan untuk merawat kanak-kanak di rawatan rapi pada tahun 1970an. Selain disebabkan kos, penggunaan mesin tersebut dalam tempoh masa panjang dijangka akan buat pesakit lebih menderita dan berakhir dengan kematian.

Mesin2

Pada awal Februari, pesakit tersebut yang juga mempunyai masalah obesiti telah dimasukkan ke hospital dan dikeluarkan dari hospital di Guangzhou secara rasmi pada minggu lepas.

Mesin ECMO itu berfungsi sebagai paru-paru dan jantung buatan yang mengalirkan darah keluar dari badan. Hasilnya, ia akan menaikkan tahap oksigen dan mengepam semula darah dalam badan.

Selepas digunakan untuk merawat bayi, kini mesin itu digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk merawat orang dewasa yang berada dalam keadaan kritikal.

Mesin4

Bagaimanapun, doktor berkata wabak Covid-19 ini menjadikan pesakit sukar dirawat kerana tahap keradangan yang serius meningkatkan risiko pendarahan yang tidak terkawal, di mana membuatkan ia tidak dapat dirawat menggunakan ubat-ubatan kerana akan berlaku risiko pembekuan oksigen pertukaran membran ECMO.

Malah, sebelum ini ramai pesakit yang dilaporkan meninggal dunia selepas dirawat menggunakan ECMO dan disebabkan itu berlaku kontroversi di mana ramai mengkritik tentang penggunaan mesin tersebut membuatkan pesakit ‘tiada harapan’ semakin menderita.

Mesin6

Selain faktor itu, kos juga menjadi penyebab mengapa penggunaan mesin tersebut menjadi isu. Difahamkan, rawatan menggunakan ECMO sangat mahal, jadi China hanya menggunakannya sebanyak satu kali dalam masa setahun meskipun memiliki beratus buah mesin berkenaan.

Baca: Korea Utara Umum Kes Pertama Covid-19, Pesakit Bakal Dijatuhkan Hukuman

X 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.