in

Guna Kaedah Pengeboman Air, Hampir 60 Daripada 300 Hektar Kebakaran Di Ladang Kelapa Sawit Di Rompin Berjaya Dipadamkan

Kebakaran Ladang Kelapa Sawit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cuaca panas yang melanda beberapa negeri di Malaysia kini semakin membimbangkan. Orang ramai diingatkan supaya mengurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan risiko strok haba dan dehidrasi.

Selain itu, keadaan cuaca ekstrem turut meningkatkan risiko kebakaran hutan.


Dalam kejadian di Rompin, Pahang, kawasan seluas 300 hektar di sebuah ladang kelapa sawit dilaporkan terbakar. Setakat ini, pihak bomba berjaya memadamkan hampir 60 hektar daripada keseluruhan kawasan terjejas, lapor Berita RTM.

Difahamkan, bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak serta mempercepatkan usaha pemadaman, pihak bomba menggunakan kaedah pengeboman air sebanyak 85 kali di kawasan berkenaan.

Operasi tersebut melibatkan penggunaan kira-kira 68,000 liter air.

10 2

Artikel Berkaitan: Johor Mohon Surau Dan Masjid Di Negeri Itu Tunai Solat Sunat Istisqa’, Mohon Hujan Redakan Kebakaran

Artikel berkaitan: Hutan Seluas 1.2 Hektar Di Kajang Prima Terbakar

Pihak bomba juga membahagikan kawasan operasi pemadaman kepada empat bahagian dan semalam, mereka fokus untuk memadamkan api di sektor C dan A.

11 1

Unit Udara telah bertanggungjawab melaksanakan pengeboman air. Sektor B dan D pula telah berjaya dikawal dan pihak bomba menjangkakan dalam masa seminggu lagi, kebakaran ladang kelapa sawit ini akan berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Sumber: Berita RTM

Sumber: Berita RTM
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.