Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan jenayah penipuan yang dikatakan kerap berlaku di sekitar perhentian Rawat dan Rehat (RnR).
Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman cemas apabila mendakwa didatangi dua indivdu dipercayai warga Arab yang cuba meminta wang di kawasan RnR Tapah.
Menurut wanita itu, kejadian berlaku ketika dia dan suaminya berhenti mengisi minyak di sebuah stesen petrol.
Sebuah kereta Proton Saga dikatakan berhenti di sebelah kenderaan mereka sebelum seorang lelaki warga asing membuka tingkap dan mendakwa kad ATM miliknya disekat, lalu meminta dipinjamkan wang.
Namun, pasangan itu menolak permintaan berkenaan kerana mengesyaki ia adalah cubaan penipuan dan lelaki itu beredar.

Mereka kemudian singgah ke stesen minyak yang lain, namun tiba-tiba datang seorang lelaki lain yang juga warga asing menghampiri kereta mereka.
Belum sempat lelaki tersebut bercakap lanjut, wanita itu berkata dengan tegas tidak akan memberikan wang kerana mengesyaki taktik yang dilakukan golongan ini.
Artikel berkaitan: Pelancong Dari Thailand Kena ‘Ketuk’ RM800 Daripada Photographer KLCC Lepas ‘Tolong’ Ambilkan Gambar
Artikel berkaitan: “Penipuan dimana sahaja” – Perunding Umrah Dedah Scam Yang Ada Di Tanah Suci Mekah
Ramai kongsi mengalami situasi sama
Beberapa pengguna lain turut berkongsi menghadapi pengalaman sama, seperti pengguna ini ketika berhenti di RnR Sungai Perak apabila sebuah keluarga bangsa Arab meminta untuk meminjam duit dengan alasan saudara Islam.


Sementara itu, pengguna TikTok turut memuat naik rakaman video mendakwa isu sama berlaku dengan pelbagai taktik termasuk berpura-pura memerlukan wang untuk membeli susu anak.
Sumber: Kosmo!
