in

“Guna apps je pilih baju” – Amazon Perkenal Konsep Kedai Teknologi Canggih ‘Tanpa Pekerja’

Amazon Style

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang berada dalam situasi yang mana korang rasa tak selesa bila diekori oleh penjual atau promoter ketika membeli belah? Walaupun itu antara tanggungjawab mereka sebagai penjual, ada kalanya ia mendatangkan rasa tak selesa bagi sesetengah orang.


Tidak dinafikan ada juga dari mereka sangat membantu dari segi pemilihan barangan, mencari saiz yang betul dan lain-lain, tapi ada kalanya mereka-mereka ini seakan-akan terlalu mendesak, terutamanya apabila kita berubah fikiran dan sebagainya.

Untuk menyelesaikan masalah dan dilema yang dihadapi oleh sesetengah orang ini, syarikat terkemuka Amazon telah memperkenalkan satu konsep baru yang dikatakan bakal mengubah cara orang ramai membeli-belah.

Amazon Style Announced

Menggabungkan konsep beli belah secara fizikal di kedai dan pengalaman membeli menerusi aplikasi, amazon baru-baru ini memperkenalkan Amazon Style di salah sebuah kawasan beli belah terkemuka California.

Difahamkan, pelanggan yang memasuki butik berkenaan hanya perlu membuka aplikasi beli belah Amazon selain barangan yang dipaparkan di kawasan pameran butik tersebut hanyalah sampel dan disertakan dengan kod QR.

Sekiranya pelanggan berminat untuk mencuba atau mendapatkan pakaian tersebut, mereka hanya perlu mengimbas kod yang diberikan, pilih saiz, warna dan sebagainya. Kemudian, baju-baju ini akan terus ‘dihantar’ ke bilik persalinan dan pelanggan boleh terus mencubanya.

Screen Shot 2022 01 20 At 11.25.18 Am

Semua ini dilakukan menerusi ketikan di aplikasi sahaja, dari pemilihan baju, pemilihan saiz, sehinggalah proses ‘menempah’ bilik persalinan. Pelanggan hanya perlu ke bilik persalinan yang telah disediakan sementara pelanggan memilih pakaian lain.

Di dalam bilik persalinan pula, pelanggan akan ‘disambut’ dengan pakaian-pakaian yang telah dipilih sebentar tadi selain mempunyai paparan sesentuh yang juga boleh digunakan untuk mencari barangan lain, atau meminta sebarang penukaran kepada pakaian yang telah dihantar.

Download 1

Dalam erti kata lain, pelanggan dah tak perlu susah payah untuk bawa banyak-banyak baju untuk dicuba di bilik persalinan, dan sekiranya tidak muat, pelanggan tak perlu lagi keluar untuk cari saiz yang betul. Semua itu akan dibawa kepada pelanggan dan pelanggan perlu tunggu sahaja di bilik persalinan.

Difahamkan, Amazon menugaskan lebih dari 150 orang pekerja untuk memastikan pelanggan menikmati pengalaman beli belah yang lain daripada yang lain selain ianya terasa ‘ekslusif’ walaupun petugas-petugas ini tidak langsung akan berinteraksi dengan pelanggan.

Tak boleh nak bayangkan? Cuba tengok video pengenalan ni :

Bagus jugak idea ni…jadi tak perlu lah selalu keluar masuk, keluar masuk fitting room tu kan kalau salah saiz! 

Baca : “Semua dalam cart dia beli” – Anak 2 Tahun Terbeli Perabot Lebih RM8,000 Masa Main Phone Ibu

Collage 50

Sumber: Mashable
Sumber: The Verge
Sumber: Amazon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.