in

Greece Perkenal Kerja Selama Enam Hari Seminggu

Greece

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Greece menjadi negara pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) untuk memperkenalkan kerja enam hari seminggu untuk meningkatkan produktiviti bekerja.


Menurut laporan UPI, undang-undang yang berkuat kuasa pada 1 Julai lalu itu membolehkan perniagaan swasta yang beroperasi 24 jam untuk memberikan opsyen kepada para pekerjanya untuk bekerja lebih sehari atau tambahan dua jam setiap hari.

Enam Hari
Undang-undang tersebut membolehkan para pekerja bakal mendapat kenaikan gaji sebanyak 40 peratus.

Difahamkan, para pekerja bakal mendapat kenaikan gaji sebanyak 40 peratus.

Bagaimanapun, peraturan baru itu mendapat tentangan hebat daripada kesatuan-kesatuan sekerja negara tersebut.

Artikel berkaitan: Lelaki Sayu Lihat Pekerja Pembersihan Makan Nasi & Air Kosong, Berjimat Nak Kirim Duit Ke Kampung 

Artikel berkaitan: “Suka kerja keras atau terpaksa?” – Kajian Letak Malaysia Negara Ke-2 Paling Teruk Untuk ‘Work-Life Balance’

Menurut Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis, undang-undang tersebut bersifat ‘mesra pekerja’. Ia juga membolehkan para pekerja mendapat bayaran setimpal untuk kerja lebih masa.

Namun, ahli jawatankuasa eksekutif kesatuan kakitangan awam Greece, Akis Sotiropoulos berkata, keputusan kerajaan untuk melanjutkan minggu kerja kepada enam hari adalah bertentangan amalan negara Eropah yang lain.

“Ia tidak masuk akal. Hampir semua negara bergerak ke arah bekerja empa hari seminggu. Tetapi, Greece bertindak sebaliknya,” katanya.

Menurut laporan Eurostat, pekerja di Greece sudahpun bekerja selama 41 jam seminggu, juga merupakan antara jam bekerja paling lama di Eropah.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.