in

“Google cara nak tunjuk penyesalan” – Lelaki Ambil Masa Lebih Sehari Untuk Telefon 999 Lepas Bunuh Tunang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak ada perkataan yang mampu untuk diungkap bagi menjelaskan perbuatan seorang lelaki yang tergamak mencekik tunangnya sendiri.


Lebih mengerikan apabila lelaki berkenaan seolah-olah tak berasa apa-apa kerana dia telah memesan dadah dan makanan untuk dihantar ke rumahnya sejurus dia melakukan pembunuhan kejam itu.

Madog Rowlands, 23, telah dijatuhkan hukuman penjara selepas didapati bersalah membunuh tunangnya, Lauren Griffiths, 21, pada April 2019 di Cathays, Cardiff.

Ketika kes itu dibincangkan, mahkamah diperdengarkan bagaimana Madog dengan selamba memesan penghantaran dadah jenis kanabis dan ecstasy ke kediamannya selepas membunuh Lauren. Selain itu, lelaki berkenaan juga telah memesan penghantaran Dominos dan Subway.

Difahamkan, Madog kemudiannya makan bersebelahan mayat Lauren yang telah dibalut separuh menggunakan plastik sampah dan clingfilm. Hati kering betul!

Lelaki itu juga cuba untuk mengakses akaun Netflix melalui telefon miliknya dan telah mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun bank Lauren.

Pasangan terbabit sepatutnya berkahwin pada Mei 2019.

Siap google macam mana nak tunjukkan penyesalan

Menurut pihak pendakwa raya, Madog menunggu lebih sehari sebelum dia membuat panggilan ke talian kecemasan 999 bagi melaporkan kematian Lauren. Namun begitu, lelaki berkenaan dikatakan telah menggunakan skrip semasa bercakap dengan operator.

Tidak cukup dengan itu, Madog juga telah menggunakan enjin carian Google terlebih dahulu untuk mencari bagaimana cara untuk menunjukkan penyesalan.Pergh! Sempat lagi tu!

Namun begitu, Madog memberitahu polis bahawa dia membunuh tunangnya secara tidak sengaja dan mendakwa hanya mempertahankan diri.

Semasa perbicaraan di mahkamah, Madog mengekalkan ceritanya dan memberitahu bahawa Lauren cuba mencekiknya ketika Madog sedang mengalami masalah mental. Pun begitu, mahkamah menolak versi yang diceritakan Madog.

Difahamkan, sebelum ini, Madog pernah mencekik Lauren kerana tunangnya itu merosakkan komputer ribanya.

Walau bagaimanapun, kes berkenaan tidak dibicarakan kerana Lauren mahu tunangnya itu mendapatkan bantuan profesional.

Sumber: Metro UK

Baca: Gara-gara Pertunangan Berakhir, Pemuda Mengamuk Tetak Bakal Mak Mentua Sehingga Ajal

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Young.scot
Sumber: Wales Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.