in

Gara-gara Pertunangan Berakhir, Pemuda Mengamuk Tetak Bakal Mak Mentua Sehingga Ajal

Ft Tunang Final E1614494688692

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hasrat seorang wanita mahu memutuskan hubungan pertunangannya berakhir dengan mimpi ngeri apabila ibunya menemui ajal selepas ditetak oleh tunangnya yang berang dengan keputusannya itu.


Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Kuyuh, Pitas pada hari malam Sabtu, 19 Disember 2020.

 

Meninggal dunia ditetak bakal menantu

Tunang Bunuh

Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku pada pukul 11.15 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Habibah Abungon, 68 tahun meninggal dunia disebabkan kecederaan parah selepas diserang oleh bakal menantunya yang bersenjatakan parang.

Selain ibunya, wanita itu, adik dan bapanya yang berusia antara 24 hingga 65 tahun yang turut berada di rumah juga cedera selepas diserang pemuda itu yang berusia 29 tahun.

 

Nak ajak balik kampung, tunang minta putus

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati suspek telah datang ke rumah tunangnya itu untuk mengajaknya balik ke kampung di Paitan.

Tunang Rumah

Walau bagaimanapun, wanita terbabit enggan dan memaklumkan mahu memutuskan tali pertunangan dengannya. Berang dengan keputusan itu, suspek bertindak agresif dan mengamuk dengan menggunakan sebilah parang.

Tambah pihak polis, siasatan masih dijalankan dan usaha untuk mengesan suspek sedang giat dilakukan. Kes juga akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca: “Belum kahwin lagi” – Polis Mengamuk Sampai Lepaskan Tembakan Rambang Gara-gara Tunang Minta Putus Baca Tunang

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.