in

Godzilla Run ‘Run For Your Life’ Bakal Gegarkan Di Putrajaya Pada 11 Januari 2026

collage 6

Putrajaya bakal jadi ‘zon kecemasan’ pada 11 Januari 2026 bila Godzilla Run: Run For Your Life rasmi diumumkan akan berlangsung di Dataran Putrajaya. Acara larian bertemakan hiburan ini bukan larian biasa kerana ia diinspirasikan sepenuhnya oleh Godzilla, makhluk legenda yang cukup sinonim dengan kehancuran berskala besar.

Dilesenkan secara rasmi oleh TOHO CO., LTD., Godzilla Run menggabungkan dunia kecergasan, budaya pop dan elemen penceritaan imersif dalam satu pengalaman larian yang penuh dramatik. Dengan tagline “RUN FOR YOUR LIFE”, peserta bukan sekadar berlari untuk catatan masa, tapi ‘melarikan diri’ daripada ancaman Raja Segala Raksasa dalam suasana yang diinspirasikan seperti babak filem.

WhatsApp Image 2026 01 05 at 13.06.57

Acara ini menawarkan beberapa kategori larian yang sesuai untuk semua peringkat, daripada pelari santai hinggalah pelari tegar yang gemar cabaran jarak jauh. Kategori yang ditawarkan termasuk 21KM, 10KM, 5KM dan 3KM, menjadikan Godzilla Run sesuai disertai secara solo, bersama rakan, atau sebagai aktiviti keluarga.

Untuk kategori 21KM, pelepasan akan bermula seawal 4.30 pagi dengan had masa selama 4 jam, diikuti kategori 10KM pada 6.30 pagi dengan COT 2 jam. Manakala kategori 5KM dan 3KM pula akan bermula serentak pada 7.30 pagi, masing-masing dengan had masa 1.5 jam.

WhatsApp Image 2026 01 05 at 13.07.00 3

Menariknya, semua peserta berdaftar akan menerima barangan eksklusif rasmi Godzilla Run, termasuk baju larian rekaan khas dan pingat penamat yang diinspirasikan oleh francais Godzilla. Peserta yang berjaya menamatkan larian pula akan membawa pulang gelaran istimewa “I Survived”, simbolik kepada kejayaan ‘terselamat’ daripada ancaman Godzilla.

WhatsApp Image 2026 01 05 at 13.06.59 3

Dari segi penganjuran, acara ini disokong oleh barisan rakan strategik dan rakan rasmi yang kukuh seperti Element X Strategies, Pharmaton, Mamee, FruitPlus, 100PLUS, Sunshine, CheckpointSpot dan RaceX Asia. Kehadiran jenama-jenama ini memastikan penganjuran berjalan lancar serta memenuhi standard acara larian bertaraf profesional.

Aspek keselamatan peserta turut diberi keutamaan dengan perancangan laluan yang diperakui, pasukan perubatan profesional, stesen hidrasi di sepanjang laluan, serta kru acara berpengalaman yang bersedia membantu sepanjang program berlangsung.

Lebih daripada sekadar acara larian, Godzilla menjanjikan pengalaman berbeza bukan sahaja kepada peserta, malah kepada penonton yang hadir untuk menyaksikan suasana ‘lari selamatkan diri’ daripada Raja Segala Raksasa di tengah-tengah Putrajaya.

Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran dan pengumuman rasmi akan diumumkan melalui saluran rasmi acara dalam masa terdekat.

Ringkas Acara

  • Acara: Godzilla Run – Run For Your Life

  • Tarikh: Ahad, 11 Januari 2026

  • Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3

  • Kategori: 21KM | 10KM | 5KM | 3KM

Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook Godzilla Run Malaysia