in

“Gimik sahaja”- Amira Othman Akui Tumpang Populariti Fattah Amin Untuk Promosi Lagu Terbaru ‘Bila Nak Kahwin’

Fattah Amin Amira Othman gimik lagu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial gosip yang mendakwa penyanyi, Amira Othman dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon, Fattah Amin selepas beberapa bulan pelakon lelaki itu bercerai dengan isterinya yang juga aktres popular, Nur Fazura.

Namun, terkini, Amira Othman mengakui bahawa hubungannya dengan Fattah Amin hanyalah sekadar gimik untuk mempromosikan lagu terbarunya yang berjudul, Bila Nak Kahwin.


Memetik laporan Berita Harian, lagu terbaru Amira itu dihasilkan oleh Iqie Hugh dan Omar K bersamanya.

Muzik video lagu Bila Nak Kahwin itu juga akan menampilkan Fattah Amin.

21

Artikel berkaitan: Fattah Amin Terima LOD Daripada Bekas Isteri Pasal Isu Kenderaan

Artikel Berkaitan: “Tetap haram” – Pakai Rantai & Berambut Merah, Imej Fattah Amin Dipersoal Netizen?

Menurut Amira, dia tahu mungkin ada yang suka dan tidak suka dengan penglibatan Fattah dalam gimik promosi lagu tersebut.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hati Hati ini juga mengatakan bahawa dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu dan Amira turut mengakui menumpang populariti Fattah Amin dalam mempromosikan lagu Bila Nak Kahwin itu.

Gimik je rupanya korang….

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.