in

Gila! Wanita Cengkam Dan Picit ‘Telur’ Teman Lelaki Sampai Berdarah Masa Bertengkar

Featured 19

Seorang wanita di Florida, Amerika Syarikat, ditahan kerana didakwa menyerang teman lelakinya sehingga mengalami pendarahan, Selasa lalu.

Kejadian itu berlaku selepas pasangan terbabit Katie Pitchford dan teman lelakinya bertengkar pada jam 4 pagi hari yang sama.

 

Wanita cengkam dan picit ‘telo’ boyfriend sampai berdarah!

Katie, 21 dilaporkan tak boleh mengawal kemarahannya sebelum mencengkam ‘telur’ teman lelakinya dan memicitnya dengan sekuat hati sehingga menyebabkan telur lelaki itu berdarah.

Memetik The Star Online mangsa berjaya melarikan diri dan kemudiannya menelefon pihak polis bagi mendapatkan bantuan.

Katie Lee Pitchford3
Katie dan teman lelakinya

Namun menurut laporan polis, Katie menafikan dakwaan tersebut dan berkata pertengkaran antara mereka berdua tidak melibatkan sebarang bentuk serangan fizikal.

Sewaktu ditahan, Katie sempat meminta kebenaran pihak polis untuk bertemu dengan mangsa bagi meminta maaf atas apa yang berlaku.

 

Rupanya Katie ada jenayah lampau lakukan keganasan keatas anggota polis!

Katie Lee Pitchford
Katie pitchford

Katie dibawa ke Penjara Brevard County atas dakwaan melakukan keganasan domestik.
Dia dijadualkan menjalani perbicaraan di mahkamah pada 25 Jun depan.

Siasatan lanjut mendapati yang Katie rupanya mempunyai rekod jenayah pada November 2017 dimana dia melawan pihak polis yang menjalankan tugas dengan serangan keganasan iaitu dengan menendang polis tersebut di muka, pangkal peha dan kaki.

Alahai ni bukan senak je weh!

Baca : Oh yeah baby, perah sampai panc*t- IG Nabila Razali Diserang Komen Lucah Lepas Post Gambar Perah Susu Lembu

Hah