Baru-baru ini pelakon utama Paskal, Hairul Azreen sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila aksinya melakukan imbangan bayi perempuannya yang baru sahaja berusia 4 bulan menjadi perhatian netizen.
Selain kecomelan bayi yang buatkan netizen cair, kontroversi tercetus apabila aksinya itu boleh mengundangkan bahaya kepada bayi sekecil itu. Dr Sheikh Muszapar ada membuat teguran tapi ianya dipadam.
Tak elok untuk lutut bayi
Menurut Dr Sheikh Muszapar, kelakuan itu tak elok kerana ia memaksa sendi lutut kepada bayi kecil yang masih belum kuat, tindakan itu akan memberikan kesan sampingan.
Kata Dr Sheikh Muszapar, itu lah sebab bayi akan boleh mula berdiri pada tempoh tertentu.
Netizen mula sedar komen dan teguran berilmu itu telah dipadam ekoran ada warganet cuba mendapatkan semula info menerusi komen Hairul Azreen tetapi tak jumpa.
Disebabkan itu lah individu tersebut mula ajukan soalan untuk minta keterangan Dr Sheikh Muszapar mengenai hal ini.
Ia dikongsikan di Twitter dan mengundang kecaman netizen terhadap tindakan Hairul Azreen yang enggan menerima teguran yang baik. Menurut netizen, teguran seperti ini sepatutnya dikongsikan kerana ia satu ilmu bermanfaat buat ibu bapa bukan nak menjatuhkan seseorang.
“Kalau ada yg bitter kenapa Sheikh Muszapar tak dm je memang tak bijak. Bila benda macam ni, lebih baik tegur dekat public, so sapa2 yg suka buat anak macam ni, depa dapat ilmu baru. Sebab banyak je bapak yg suka buat macam ni kat anak dia. Mak2 pun kena alert sama.”
Rata-rata dalam lebih daripada 3,700 netizen yang kongsikan tweet ini kurang senang dengan tindakannya.
Gilaaa betul parents macam ni – Netizen
Bagaimanapun ada juga yang mempertikaikan bahawa, mereka tak ada rasa apa-apa memandangkan sewaktu kecil dulu orang tua selalu buat perkara sedemikian kepadanya.