Sebelum ni industri filem tanah air pernah heboh dengan sebuah filem dikenali sebagai Ombak Rindu. Filem tersebut berjaya membuat kutipan sebanyak RM10.9 juta dengan menampilkan Maya Karin dan Dato’ Aaron Aziz selaku pelakon utama.
Baru-baru ni, filem yang pernah sensasi pada sekitar tahun 2011 itu telah dirakam kembali secara versi bersiri dengan kali ini menampilkan Izara Aishah dan Remy Ishak sebagai peneraju utama.
Ombak Rindu The Series telah ditayangkan di platform Iflix dan sehingga kini sudah ada tiga episod.
Tapi, apa yang kini menjadi perhatian adalah dimana salah seorang pelakon utama bagi drama tersebut, Izara Aishah ada memuat naik gambar matanya lebam, dan gigi patah separuh di laman Twitternya.
https://twitter.com/IzaraAishah/status/1207508690552492032?s=20
Jangan ingat jadi pelakon tu senang.”
Izara mengaku bahawa lebam di matanya itu adalah lebam sebenar dan bukannya hasil make up. Malah team produksi juga sudah sedaya upaya cuba untuk menutup kesan lebam tersebut bagi meneruskan penggambaran.
Tambahnya lagi, sepanjang berlangsung pengambaran, dia dijaga baik oleh krew dan semua pihak memberi kerjasama yang sepatutnya.
Aduh, mesti sakit kan tu? Admin doakan semoga Izara cepat sembuh.