in

Genius! Jalan Raya Di Australia Bercahaya Dalam Gelap Untuk Mudahkan Pemandu Kenderaan Pada Waktu Malam

F1 Line Glow

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika kita memandu di kawasan-kawasan kampung di Malaysia ni, kadang-kadang bahaya jugak sebab kebanyakan jalan di area kampung tidak disediakan lampu jalan.

Jadi, kena lebih berhati-hati la sikit kalau bawa kereta atau motosikal pada waktu malam.


Namun, jalan raya di Australia ini pula mendapat perhatian ramai netizen dari seluruh dunia apabila jalan raya tersebut bercahaya hijau pada waktu malam!

4 5

Menurut Daily Mail UK, penanda garisan jalan raya di Victoria, Australia itu dibuat menggunakan konsep Glow-in-the-Dark untuk memudahkan pengguna jalan raya seperti penunggang motosikal dan pemandu kereta untuk memandu pada waktu malam.

Penanda garisan jalan raya itu telah dibuat oleh syarikat Tarmac Linemarking. Gambar-gambar jalan raya yang bercahaya dalam gelap itu telah dikongsikan sendiri oleh syarikat berkenaan menerusi Facebook mereka.

https://www.facebook.com/linemarkingeastgippsland/posts/352466103529556

 

Syarikat berkenaan juga mengatakan garisan penanda jalan raya itu juga boleh digunakan di tempat letak kereta yang gelap, kawasan pejalan kaki dan laluan basikal untuk menjamin keselamatan penggunanya ketika waktu malam.

3 1 4

Barulah mudah untuk pengguna jalan raya nampak papan tanda dan jalan kan lebih-lebih lagi kalau pemandu tu tak pernah melalui jalan tersebut sebelum ini.

Namun, jalan raya bercahaya glow in the dark seperti ini bukanlah yang pertama di dunia kerana pada 2014, jalan raya di Belanda juga telah menggunakan penanda garisan jalan bercahaya yang sama, lapor BBC.

Patutnya kat Malaysia pun kena buat macam ni dekat jalan raya. Barulah selamat sikit nak drive malam-malam lepas balik kerja. 

Sumber: Daily Mail UK

Baca: Pihak Polis Tangkap ‘Pocong’ Yang Sering Kacau Pengguna Jalan Raya Pada Waktu Malam 

1 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.