in

Gempar! Pekerja Binaan Terkejut Jumpa Ular Sawa Batik 250KG Dalam Lopak Air Ketika Korek Tanah

Ular Sawa Batik 250Kg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kita tengok ular yang bersaiz gergasi macam ni dalam filem Hollywood seperti Anaconda dan bermacam lagi kan?

Namun baru-baru ini, sekumpulan pekerja sebuah tapak pembinaan di Sungai Kerak, Marang, Terengganu telah digemparkan dengan penemuan dua ekor ular sawa batik termasuk yang bersaiz gergasi seberat 250 kg pada 8 Disember lepas.


Menurut perkongsian Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), ular sawa betina seberat 250 kg itu ditemui berlingkar dalam sebuah lopak air di tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gong Nangka pada jam 2 petang.

https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/273564458130230

 

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang, Mujahid Abd. Wahab berkata, ular sawa yang sepanjang 7 meter itu telah dijumpai oleh pemandu jengkaut yang sedang mengorek tanah di tapak pembinaan itu.

Penemuan itu terus dimaklumkan kepada APM Marang yang kemudiannya bergegas ke lokasi.

“Oleh kerana saiznya terlalu besar, tiga anggota APM Marang terpaksa mengambil masa kira-kira 25 minit untuk menangkapnya dari lopak air berkenaan,” katanya.

Pun begitu, mujurlah ular tersebut tidak agresif kerana mengalami kecederaan pada bahagian badan akibat terkena mata jengkaut.

Anggota APM juga telah menemui seekor lagi ular sawa batik seberat 100 kg dan sepanjang kira-kira 4 meter tak jauh dari lokasi penemuan ular pertama.

Perkongsian penangkapan ular-ular tersebut telah membuatkan rata-rata netizen terkejut dan ada juga merasakan habitat ular terbabit telah diganggu.

Usia Anakonda

Apa-apapun sentiasa berhati-hati jika korang bekerja di kawasan hutan ataupun tempat yang dikhuatiri menjadi sarang kepada ular-ular tersebut. 

Baca: [VIDEO] Lelaki Bagi Tips, Cara Nak Pastikan ‘Port’ Memancing Selamat Dari Haiwan Pemangsa

Hobi

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.