in

“Gelinyaa” – Doktor Terkejut Baru First Day Kerja Dah Jumpa Cicak Merangkak Dalam Telinga Pesakit

Gecko

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti pernah baca pasal serangga atau lipas masuk telinga kan? Kalau tu pun dah rasa geli, cerita yang admin baca ni lagilah geli.


Seorang doktor dari Thailand, Varanya Nhathavee, baru je nak mula bekerja sebagai seorang doktor, tapi apa yang dia jumpa masa hari pertama ni memang mengerikan! Or menggelikan?

34859986 586686661715636 4408694765822935040 N
Sumber: facebook

Menurut WORLD OF BUZZ, Varanya telah kongsikan pengalamannya ini di media sosial. Menurutnya, pesakit terakhirnya ini mengadu tentang sakit yang melampau dalam telinganya.

Menggunakan otoskop, Varanya memeriksa telinga pesakitnya dan terus menemui sesuatu sedang merangkak dalam telinga pesakitnya. Bila dia tengok betul-betul, rupa-rupanya benda yang merangkak tu CICAK! Eewww

Saya tak tahu macam mana cicak besar tu boleh masuk dalam lubang telinga yang kecil.”

71561681252 Cicaktelinga

Doktor muda ini kemudiannya cuba untuk mengeluarkan cicak tersebut dengan menitiskan cecair telinga antibiotik ke dalam telinga pesakit sebelum menyuruh lelaki itu menyerongkan kepala. Bagaimanapun, caranya ini tak berjaya, dia kemudiannya menyuruh nurse untuk mengeluarkan makhluk ini dengan tweezers.

Tambah mengejutkan, cicak ni keluar hidup-hidup walaupun dah dua hari tersekat dalam telinga lelaki tersebut. Eee tak berak ke cicak tu dalam telinga dia?

Selepas membuang cicak tersebut, Varanya mula risau kalau-kalau ada bahagian lain yang tak keluar lagi lalu merujuk pesakit ini ke pakar Telinga, Hidung dan Tekak. Mujur, bila diperiksa, tak ada apa-apa bahagian yang tertinggal dalam telinga pesakit itu.

Kalau lipas masuk telinga pun dah geli, ini kan cicak yang slimy tu. Eee

 

Baca: [Video] Wanita Mengadu Sakit Kepala, Bila Doktor Check Rupa-rupanya Ada Lipas Tengah Korek Tengkoraknya

Screenshot 2019 06 28 At 4.29.27 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.