in

“Gelap lain macam” – Rakaman Awan Bergulung Sebelum Banjir di KL Semalam

Awan Bergulung Video Rakaman Sebelum Banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bencana banjir kilat melanda ibu kota Kuala Lumpur semalam sehingga menenggelamkan beberapa jalan dan puluhan kereta di lebuhraya telah mengejutkan ramai pihak.


Ramai yang memuat naik video mereka terkandas di jalan raya, tidak kurang juga yang masih di tempat kerja dan tidak mampu ke mana-mana kerana kereta ditenggelami air selepas dikatakan dua jam kawasan tersebut hujan tanpa henti.

 

Rakaman awan dilihat bergulung sebelum banjir

Walau bagaimanapun, menerusi satu video yang tular di TikTok milik @sahlan976, dia katanya telah merakam keadaan awan yang dilihat agak luar dari kebiasaan sebelum hujan dilaporkan menimpa Lembah Klang hingga mengakibatkan banjir.

@sahlan976

♬ Oh No (Instrumental) – Kreepa

Menerusi video di atas korang sendiri dapat lihat keadaan awan gelap yang nampak bergulung-gulung, yang mana perakam sendiri mengakui ia kelihatan agak ‘lain macam’ dan tidak seperti kebiasaan.

 

“Pelik awan berpusing tak gerak satu hala” 

Video itu juga telah mendapat reaksi daripada netizen yang mana menyedari akan keadaan sama dan berasa gerun dengan fenomena tersebut.

Awan Pelik

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man, banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur semalam ialah berpunca daripada hujan lebat luar biasa di beberapa lokasi kejadian.

Katanya lagi, hujan lebat tersebut berlaku berterusan selama dua jam dan ia menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak mampu menampung aliran air dalam kapasiti tinggi.

Apa-apapun diharapkan mereka yang terkesan dengan banjir ini bertabahlah dengan dugaan dan bersedia dengan segala kemungkinan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat. 

Baca: [TERKINI] Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Mula Banjir, Ramai Luah Rasa Risau

Untitled 1 4

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.