Segelintir peniaga dilihat menggunakan sarung tangan ketika mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran silang.
Bagaimanapun, ramai peniaga yang tidak mengetahui bahawa setiap sarung tangan yang ada di pasaran mempunyai fungsi berbeza-beza mengikut warna yang ditetapkan.
Tular sebuah video mengenai seorang peniaga memakai sarung tangan berwarna kuning ketika menggaul air asam untuk jualannya.
Selain itu, dia juga menyentuh pelbagai peralatan lain menggunakan sarung tangan yang sama dan tindakannya itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Artikel berkaitan: Dikecam Menu Telur Dadar ‘Premium’ RM13, Peniaga Beri Penjelasan Kenapa Jual Harga Mahal
@daniasedek Replying to @meowmeow Sebelum ni Dania dh pernah share mcm mana Dania masak Nasi Khao Mok ni. Harini Dania nak kongsi juga cara Dania buat Air Asam Siam ni. Yang suka masam masam mmg wajib cuba. Mmg sedap sangat. Yang nak buat dkt rumah dipersilakan Dania halalkan je resepi ni yea ? Jemput datang bazaar kita & ipoh night market.
Pemeriksa kesihatan KKM tegur
Video TikTok yang sudah mencecah 2.1 juta tontontan itu telah meraih perhatian seorang pengguna yang mendakwa dirinya sebagai pemeriksa kesihatan KKM, menegur peniaga wanita itu untuk menggunakan sarung tangan yang sesuai dan memakai apron ketika mengendalikan makanan.
Sarung tangan kuning tak sesuai untuk makanan – KKM
Malah, KKM menerusi satu ciapan menyatakan penggunaan sarung tangan kuning adalah tidak sesuai bagi pengendalian makanan.
Menurut KKM, sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.
“Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja,” katanya.
KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan.
Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. Bagi mengelakkan… https://t.co/r2k4f2IG6a— KKMalaysia???❤️ (@KKMPutrajaya) March 20, 2024
Peniaga mohon maaf
Susulan teguran terbuka daripada pihak KKM, peniagaan berkenaan memohon maaf dan menyatakan akan lebih peka ketika mengendalikan makanan.
Katanya, penggunaan sarung tangan berwarna kuning itu disebabkan dia memang suka akan warna tersebut, namun setelah menyedari kesalahan berkenaan dan membuangnya agar tidak digunakan lagi bagi pengendalian makanan.
Dia juga menyatakan teguran itu sangat berguna kepadanya dan berharap apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua peniaga di luar sana juga.
@daniasedek Replying to @nia?️ Terima kasih sayang sebab tegur dengan baik ? Dania mohon maaf atas kekhilafan Dania. Lepasni Dania akan lebih alert dan akan tukar glove jenis Nitrile (powder-free-glove) untuk mengendalikan makanan seperti yang disarankan oleh KKM. Terima kasih KKM sebab tegur. Semoga saya dan semua dapat pengajaran dari isu ini ❤️