in

Gara-Gara ‘Upload’ Lukisan Satira Beruk Pakai Tengkolok, Fahmi Reza Kini Ditahan Polis

Fahmi Reza Kini Ditahan Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mohd Fahmi Reza bin Mohd Zarin atau lebih dikenali sebagai Fahmi Reza memang tak asing lagi dengan lukisan satiranya yang sentiasa mencetuskan kontroversi. Fahmi juga seakan dah lali dan selalu turun naik pejabat polis untuk berikan keterangan.


Awal pagi tadi, aktivis ini memaklumkan melalui ciapan Twitter miliknya yang dia perlu hadir ke balai polis untuk beri keterangan mengenai lukisan beruk yang dikongsinya kurang 15 jam tersebut.

Ini kerana lukisan beruk dengan tengkolok beserta pakaian bangsawan berwarna kuning itu seolah-olah menghina institusi diraja. Fahmi turut memuatnaik ciapan pada jam 4 petang dengan mengatakan yang dia dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk disoal siasat.

Photo 2022 04 15 09 03 00

Menurut Kosmo!, aktivis ini ternyata ditahan pihak polis sebaik sahaja hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Menurut laporan, penahanan Fahmi Reza disahkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan bagi membantu siasatan lanjut.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah tersebut, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Selain itu, beliau memaklumkan yang pihak polis akan mendapatkan perintah reman pada keesokan harinya di mahkamah. Beliau turut nasihatkan orang ramai agar lebih cakna serta prihatin tentang isu-isu sensitiviti yang menyentuh Institusi Diraja, keagamaan serta kaum.

“Tindakan tegas bakal diambil terhadap individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam” – Datuk Seri Abd. Jalil Hassan

Beliau juga berpesan pada orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh jejaskan siasatan pihak polis.

Harapnya isu ni dapat diselesaikan dengan segera!

Baca: “Pape roger” – Laporan Polis Dibuat Keatas Fahmi Reza Gara-Gara ‘Spanish Fly’ 

Bawah 1

Sumber: Ohmymedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.