in

“Pape roger” – Laporan Polis Dibuat Keatas Fahmi Reza Gara-Gara ‘Spanish Fly’

Cats 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara memuat naik satu status dan artikel yang didakwa menghina Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba baru-baru ini, difahamkan sebuah laporan polis telah dibuat oleh menteri kesihatan tersebut melalui peguamnya menurut laporan Malaysia Kini.


Untitled 2021 07 13T184843.882

Difahamkan, status dan artikel yang dimaksudkan ada kaitan dengan kesilapan sebutan Spanish Flu (selsema Sepanyol) kepada “spanish fly” oleh menteri kesihatan tersebut.

Laporan yang dibuat melalui peguam menteri kesihatan tersebut dibuat setelah tular sebuah video Adham salah menyebut perkataan ‘Spanish Fly’ untuk merujuk kepada wabak selsema Sepanyol (Spanish Flu) dan juga Spanish Virus.

Untuk menjelaskan, Spanish Flu merupakan wabak yang telah melanda dunia pada tahun 1918 dan dikatakan telah menjangkiti 1/3 populasi dunia ketika itu. Manakala, sebutan ‘spanish fly’ pula merujuk kepada sejenis alat perangsang yang dikatakan diperbuat daripada bahan kimia dan serangga dengan nama yang sama.

Sementara itu, difahamkan juga laporan yang dibuat oleh peguam berkenaan secara tepat lagi adalah merujuk kepada dua ciapan di Twitter iaitu gesaan pemecatan menteri kesihatan tersebut dan juga perkongsian poster satira oleh Fahmi Reza yang dikatakan menyindir serta didakwa berbaur hasutan.

Capture

Kalau tak salah, perkataan ‘Spanish Fly’ juga sempat trending di Twitter pada hari kejadian yang dimaksudkan.

Media Post 3Fe813C0C7Ed32E8D61C50Ceebc9Ef59

Laporan polis tersebut juga merujuk kepada sebuah laporan yang dibuat oleh sebuah portal politik.

Tambah Malaysia Kini, polis meminta untuk merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ketika ditanya tentang laporan ini.

Ketika dihubungi, polis memberitahu Malaysiakini supaya merujuk perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Bagaimanapun, SKMM pula meminta portal ini menghubungi pihak polis – Malaysia Kini

Sumber : Malaysia Kini

Baca : Menteri Kesihatan Dr Adham Baba Trending Di Twitter Gara-gara Istilah ‘Spanish Fly’ & Salah Bagi Fakta

Adham

Sumber: TRP
Sumber: Twitter
Sumber: Redaksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.