in

Gara-gara Tatap Mata Pakcik Tua, Gadis Hampir Kena Pukau Di LRT Putra Heights

Apek Pukau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepada gadis-gadis yang travel sendirian naik LRT tu, hati-hati ye! Baru-baru ni ada netizen kongsikan kisah sahabat perempuannya yang hampir kena pukau semasa naik LRT dekat Stesen Putra Heights di Facebook

Kejadian yang berlaku pada 4 November lepas ni terjadi bila mangsa sedang menanti tren ke Sentul Timur sebelum seorang uncle berkemeja pink datang bertanya arah kepadanya. Fuh taktik common ni! 


Msian Girl Shares How She Was Almost Hypnotised After Stranger Asked For Directions At Lrt Station World Of Buzz
sumber: wob

 

“Dia berpusing untuk cakap dengan saya, lepas tu dia tunjuk tangannya” 

Tambah mangsa lagi, ketika kejadian jam baru pukul 3 petang dan uncle tu katanya sedang pegang sepaket beras. Suspek juga katanya bercakap dalam bahasa Kantonis dan bertanya sama ada tren ni boleh membawanya ke Puchong Prima, tapi menyebutnya dengan pelat “Puchong Mrima”.

Tanpa berfikir panjang, mangsa pun jawab yang Puchong Prima hanya satu stesen jauhnya je.

“Lepas tu saya dah tak cakap dengannya dan dia berdiri depan saya untuk tunggu tren. Tapi tiba-tiba dia berpusing untuk bercakap dengan saya lagi dan menunjukkan tangannya.

“Dia tanya sama ada tangannya kotor atau tak tapi saya tak ambil perhatian sangat, dia ulang tanya lagi,” jelas gadis tu.

Msian Girl Shares How She Was Almost Hypnotised After Stranger Asked For Directions At Lrt Station World Of Buzz 2
sumber: wob

Sebaik saja mangsa tengok tangannya dan tatap mata pakcik tua tersebut, dia mula berasa pening-pening dan keliru ditambah pulak dengan rasa tak boleh bernafas.

Pada saat tu lah mangsa sedar yang suspek cuba nak pukaunya dan dia cepat-cepat beralih pandangan dari pakcik tersebut dan berjalan ke tempat lain. Uish gilalah! 

 

Dah masuk dalam tren, pakcik tua tetap tak lepas pandang pada mangsa! 

Nasib baiklah pada masa tu tren pun sampai dan mangsa cepat-cepat masuk tren bersama pakcik tadi yang masih tak lepas memandangnya.

Setiap kali gadis ini terpandang pakcik tu, dia akan berasa pening-pening. Malah lebih menakutkan, dia nampak pakcik tu macam nak dekati tempat duduknya pulak! 

Walaupun dalam keadaan pening-pening lalat, gadis ini berjaya bangun dari tempat duduk dan berjalan ke arah dua lelaki yang duduk di tempat lain dan meminta bantuan.

Msian Girl Shares How She Was Almost Hypnotised After Stranger Asked For Directions At Lrt Station World Of Buzz 3
sumber: facebook

Dia menjelaskan situasinya kepada mereka dan salah seorang lelaki terbabit menghalang pakcik tu dari terus memandangnya. Lelaki tu juga pada masa yang sama pantau pergerakan pakcik tersebut.

Mujurlah bila pakcik tu nampak gadis terbabit dah minta bantuan dua lelaki tadi, dia menjauhkan diri tapi masih lagi menajamkan pandangannya terhadap gadis tersebut. Psiko ke apa pakcik ni?? 

“Lagi pelik, pakcik tu tak turun di stesen yang dia tanya tadi dan masih mengikuti saya. Namun nasib baiklah bila saya sampai di stesen yang saya nak turun, dia tak ikut saya lagi dan saya berjaya melepaskan diri dengan selamat. 

“Apa-apapun jangan confront mereka melainkan korang betul-betul yakin yang korang boleh atasi mereka atau ada pegawai polis berdekatan yang korang boleh minta tolong,” kata mangsa lagi.

Msian Girl Shares How She Was Almost Hypnotised After Stranger Asked For Directions At Lrt Station World Of Buzz 4
sumber: wob

Kalau korang berhadapan dengan situasi ni perhatikan tanda-tanda berikut: 

  1. Scammer selalunya akan cuba buat conversation dengan korang dan antara soalan paling common macam tanya arah jalan.
  2. Kadang-kadang kita tak sure cara macam mana dia orang boleh pukau kita, tapi lebih baik jangan jalan seorang dan bercakap dengan strangers.
  3. Kalau terasa pening kepala, cepat-cepat jauhkan diri dari orang tersebut dan minta bantuan kalau perlu.

Erk! Scarynya… take note ye girls semua! 

Baca: “Kami ckp u tipu org berapa ramai, dia hanya ketawa..” – Wanita Dipukau ‘Bhai’ Di Pasar Raya Terkenal Di Johor

Bhai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.