in

Gara-gara Tak Puas Hati Dapat Lima Anak Perempuan, Suami Cekik Isteri Sampai Mati

3 6.00.54 Pm

Tak semua orang dikurniakan rezeki untuk mendapat anak, jadi kita selalunya bersyukur bila dikurniakan cahaya mata dan tak kisah pun dengan jantina anak. Yang penting anak yang kita lahirkan tu sihat walafiat.

Malangnya, ada juga manusia yang tak bersyukur dikurniakan anak ramai sampai lima orang hingga sanggup bunuh isteri sendiri gara-gara tak dapat anak lelaki. Ingat ni zaman jahiliah ke?

Menurut The Star, seorang wanita berasal dari Punjab ini dicekik hingga mati oleh suaminya lepas dia dapat tahu yang anak ke-lima mereka juga perempuan. Mesti tak belajar Sains ni.

Suami, Rakesh Kumar sangat berharap anak mereka yang ke-lima ini lelaki, kerana empat anak sebelum ini semuanya perempuan berusia 14, 12, 10 dan lapan tahun.

Df58D78C892Dc89607Ec9981Ac1C8940
Gambar hiasan

Malangnya, dia sangat kecewa bila empat bulan lalu isterinya melahirkan anak perempuan. Kekecewaan ini membuatkan dia tergamak untuk bunuh isterinya sendiri.

Pihak polis telah diberitahu oleh jiran keluarga ini selepas mereka mendengar suara kanak-kanak menangis semasa insiden ini berlaku.

Tak cukup dengan itu, lelaki ini didakwa cuba untuk bunuh diri dengan mengelar lehernya selepas membunuh isterinya tapi dia berjaya diselamatkan.

Menurut pihak polis, keganasan rumah tangga disebabkan tak dapat anak lelaki merupakan perkara yang biasa berlaku di negara tersebut.

Tak faham betul dengan orang yang tak reti nak bersyukur ni. Harap-harap lelaki ni dapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

 

Baca: Baru 6 Jam Lahir, Bayi Perempuan Dicampak Ke Tebing Sebab Bapa Kecewa Nak Anak Lelaki!

Screenshot 2019 04 22 At 6.09.12 Pm