Sebagai pemandu yang berhemah kita sepatutnya cakna dengan situasi sekeliling, lebih-lebih dalam meletakkan kenderaan di tempat yang betul dan tidak menyusahkan mana-mana pihak.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang individu meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya iaitu di hadapan sebuah bengkel yang sudah pastinya akan mengganggu pemilik bengkel serta pelanggan lain.
Artikel berkaitan: “Macam semut” – Mat Moto Bertempiaran Lari Lepas Nampak Sebuah Kereta Polis
Artikel berkaitan: “Rugi RM575” – Wanita Bergaduh Dengan Owner Carwash, Bengang Kunci Kereta Berderai Lepas Hantar Cuci
Tindakan pemandu kereta itu kemudiannya dibayar cash oleh pemilik bengkel apabila dia bertindak mengalihkan kenderaan tersebut dengan menggunakan forklift.
Difahamkan, pemilik bengkel itu berbuat demikian kerana kereta yang dialihkan itu telah membuatkan pekerjanya tidak dapat melakukan kerja dan menyusahkan pihak-pihak lain.
Ramai yang bersetuju dengan tindakan pemilik bengkel itu dan berharap ianya menjadi pengajaran buat semua.
Sementara itu, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan balas daripada pemilik kereta tersebut.
Aduh, harap-harap takdelah yang buat macam ni lagi…
Sumber: TikTok