in

Gara-gara Masalah Teknikal, Mesin ATM ‘Telan’ RM4,950 Wanita Tanpa Resit

Duit Kena Telan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara risiko kalau kita ‘cucuk’ duit dekat mesin ATM ni adalah risiko kad ‘ditelan’ atau mesin tiba-tiba tergendala ketika proses deposit atau mengeluarkan wang.

Satu kejadian berlaku di Miri, Sarawak apabila duit yang ditelan itu bukanlah satu amaun yang sedikit, tetapi berjumlah RM 4,950!


 

Duit ‘ditelan’ masa nak deposit, tak dapat resit!

Screenshot 2022 07 07 160124

Mangsa, wanita yang dikenali sebagai Leong ingin deposit wang berjumlah RM 9,900 pada 12 Jun lepas kira-kira jam 1:10 pm di sebuah pusat membeli belah. Transaksi itu dibuat untuk tolong suaminya depositkan wang itu ke dalam akaun syarikat, lapor Sin Chew Daily.

Memandangkan ia satu jumlah yang besar, dia buat 2 kali transaksi, RM 4,950 untuk setiap deposit. Walaupun dia berjaya memasukkan separuh masa transaksi pertama, mesin itu tidak berfungsi apabila dia cuba mendepositkan separuh lagi pada transaksi kedua, dia tidak mengetahui sama ada transaksinya berjaya atau tidak kerana duit sudah ‘ditelan’.

Ini kerana dia tidak mendapat sebarang resit untuk memberikan notis bahawa transaksinya itu telah gagal.

 

Kena tunggu beberapa hari, tapi…

Memandangkan insiden itu berlaku pada hari Ahad, tiada pihak bank yang bertugas pada hari tersebut. Leong kemudiannya memaklumkan hal ini kepada suaminya selepas 15 minit dan mereka segera menghubungi talian khidmat pelanggan bank tersebut.

Ketika dalam talian, pihak bank mengambil maklum mengenai hal ini dan menyatakan mereka akan mengambail masa 5 ke 7 hari bekerja untuk membuat siasatan.

Screenshot 2022 07 07 160339

Selepas seminggu, suami Leong menghubungi pihak bank untuk dapatkan perkembangan namun mereka maklumkan bahawa mereka tidak dapat mendedahkan sebarang butiran dan hanya pemegang akaun yang berhak mengetahui ke mana dana itu pergi.

 

Buat laporan polis

Ketika dimaklumkan kepada pemegang akaun, individu tersebut menyatakan bahawa dia memang hanya menerima RM 4,950. Disebabkan itu, Leong dan suami membuat aduan kepada pihak bank.

Bagaimanapun, sehingga Isnin (4 Julai), mereka masih belum menerima maklumat terkini daripada bank, manakala pemegang akaun juga menegaskan bahawa mereka belum menerima baki dana.

Dengan harapan untuk mempercepatkan siasatan, Leong membuat laporan polis pada Selasa (5 Julai).

Dalam laporannya, dia meminta bank itu menyemak rakaman kamera keselamatannya  jika terdapat sebarang rekod lebihan pembayaran atau orang lain mengeluarkan wang daripada ATM pada hari itu.

Kami berharap pihak polis dan bank akan membantunya menyelesaikan masalah ini dan dia akan dapat mendapatkan semula wangnya.

Baca : Penangan Mat Kilau, Pemuda Bersilat Di Mesin ATM Sampai Mak Cik Sebelah Bingung

Cats 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.