in

“Gaji RM1100-RM1300, tapi nak orang kerja macam hamba tebusan?” – Netizen Pertikai Syarikat Letak Syarat Bukan-Bukan

Untitled Collage 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Punyalah susah nak cari kerja sekarang ni, hinggakan ramai anak muda sanggup melakukan pelbagai pekerjaan lain yang sebenarnya tidak setimpal dengan kelayakan akademik mereka.


Janji dapat kerja halal, daripada menjadi mangsa bawangan orang kampung yang sikit-sikit nak tuduh kita memilih kerja. Kalau betul memilih kerja, takdanya kita tengok orang buat dua tiga job dalam satu masa kan?

Lagi satu, kadang-kadang memang kita perlu jadi selective dalam memilih pekerjaan supaya kita tidaklah dipergunakan oleh syarikat-syarikat yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kebajikan dan moral pekerja.

Macam ni.

Keje1

Tak boleh ambil cuti sebarangan, tak kiralah kalau ada ahli keluarga yang meninggal sekali pun.

Misal kata adik beradik terlibat kemalangan, jangan dihiraukan — biar orang lain bantu, sebab tiada cuti kecemasan bagimu. Nehi.

Dan sekiranya rekod kehadiran ke pejabat kurang memuaskan, korang akan disenaraihitamkan dalam laman pencarian kerja.

Seriuslah, syarikat apa ni? Ini dah hampir kepada satu bentuk guna tenaga yang tidak adil. Perkara ini sebenarnya dikongsikan seorang pengguna Twitter @qalamchikey yang diperoleh dari laman Indeed.com dan ia sekali gus mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.

Keje2

Keje3

Keje6

Keje4

Link asalnya tidak dapat dicari, tapi ia turut diiklankan di laman web ini.

Kalau mengikut maklumat yang tertera, syarikat tersebut terletak di Bandar Bukit Tinggi Klang.

Kerja 5 hari Isnin sampai Jumaat dan separuh hari pada weekend, tak dapat cuti serta dengan bayaran sebegitu rupa nilainya — korang sanggup ke?

Apa pun, sebagai pekerja korang wajib tahu hak dan undang-undang agar tidak mudah dipergunakan sewenang-wenangnya oleh syarikat seumpama ini.

 

Baca: “Ada kosong tak?” – Syarikat Ni Tolong Bayarkan PTPTN Staf Diorang Tanpa Perlu Tolak Gaji

Kejeje

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.