in

“Gaji hampir RM3K sebulan” – Kalau Mental Korang Kuat, Boleh ‘Apply’ Jadi Babysitter Jaga Patung YouTuber Ini

Alejandro Patung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebelum ni kami ada kongsikan tentang seorang selebriti terkenal dari negara jiran, Indonesia yang menjaga anak patung seperti anaknya sendiri, siap bukakan akaun Instagram. Kali ini, admin nak kongsikan pulak kisah YouTuber yang cari babysiter untuk jaga anak patung. Walaupun gaji bulanannya agak lumayan, ada something sikit dengan patung ni.


Patung Puaka2 E1641613349130

Lapor portal suarabali.id, Rizki Nasution iaitu seorang YouTuber dari Indonesia difahamkan sedang mencari individu yang mahu mengisi kokosongan bekerja sebagai babysitter. Gaji yang ditawarkan pula adalah Rp 10 juta sebulan (hampir RM3,000).

Menerusi satu video yang kini tular di TikTok, seorang wanita dilihat sedang mengendong satu anak patung. Difahamkan, wanita berkenaan adalah bekas babysitter bagi anak patung YouTuber ini yang dinamakan Alejandro.

Viral Lowongan Baby Sitter Boneka Arwah Syaratnya Bikin Merinding Mxl E1641613533538

“Eh kalian siapa yang mau jadi babysitternya Alejandro karena aku mau berhenti soalnya aku sibuk jadi ibu rumah tangga sekarang,” jelas wanita terbabit.

Menerusi video terbabit, bekas babysitter Alejandro itu juga ada menceritakan serba sedikit mengenai job description sebagai babysitter Alejandro ini.

Menurutnya, bayaran Rp 10 juta sebulan itu sangatlah berpatutan kerana kerja menjaga Alejandro itu mudah saja. Malah, wang pengangkutan juga ditanggung sepenuhnya oleh pemilik Alejandro, Rizky Nasution.

Untuk pengetahuan, Alejandro bukanlah satu-satunya anak patung yang berada dalam koleksi Rizky Nasution.

“Enak lho rawat anak ini,  gak pernah nangis,  gak pernah marah,  gak pernah pengen buang air,” katanya lagi.

Pun begitu, sama seperti pekerjaan lain di dunia ini, menjadi babysiter buat Alejandro juga datang dengan risikonya yang tersendiri.

Whatsapp Image 2022 01 07 At 11.09.21 Am 1 E1641613582486

Jelas bekas babysitter itu, antara risiko menjadi babysitter Alejandro adalah babysitter mungkin tak akan pernah tidur nyenyak sebab selalu diganggu. Ah sudah!

“Harus siap mental ya, soalnya kadang-kadang nanti kalau kalian tidur, jam 3 nanti kalian diganggu terus.”

Video yang dikongsikan ke laman sosial TikTok itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial. Ada yang berkata masalah sering diganggu itu mungkin penyebab si babysitter wanita itu mahu berhenti. Malah, ada juga yang menambah mereka tak akan menerima job itu walaupun ditawar Rp 100 juta.

Sumber: Suarabali.id

Baca: Selebriti Terkenal Indonesia ‘Bela’ Patung Macam Anak Sendiri, Siap Buka Akaun IG!

Fi Ivan E1641610870581

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.