in

Gaduh Di Dataran Merdeka Berpunca Salah Faham Antara 2 Kumpulan Remaja, Tiada Elemen Gengsterism -Polis

Gambar Hiasan 2 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu video sekumpulan remaja bergaduh di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Malah dalam video tersebut dapat dilihat mereka ini langsung tidak mempedulikan pengguna jalan raya yang lain dengan bergaduh di atas jalan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Memburukkan lagi keadaan, mereka langsung tidak menjaga jarak sosial dan hadir dalam kumpulan yang besar dengan ada individu yang dilihat tidak memakai pelitup muka.

Kebanyakan netizen turut meluahkan rasa kecewa dengan perangai remaja yang terlibat dalam pergaduhan ini. Dengan hanya beberapa hari sahaja lagi sambutan kemerdekaan akan berlangsung, kes seperti ini sedikit sebanyak mencacatkan imej Dataran Merdeka yang menjadi lokasi sambutan merdekat setiap tahun.

Pergaduhan 2 Kumpulan di Dataran Merdeka

Apa kes gaduh-gaduh ni? Gaduh pun macam pondan. Sosial distancing takda. Facemask tak pakai. Mengganggu ketenteraman awam. Haishh banyak lagi kesalahan ini. Kalau panggil lori "black Maria" angkut semua pergi balai best ni.?. Lokasi : Dataran Merdeka,KL#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sabtu, 22 Ogos 2020

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Addullah berkata, pergaduhan di Dataran Merdeka ini tidak babitkan sebarang elemen gangsterisme atau kumpulan haram, lapor Bernama.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, malah salah faham boleh menjadi faktor yang membawa kepada pergaduhan yang dirakam dan diviralkan dalam media sosial.

Video 15 saat itu menunjukkan kira-kira tujuh remaja, dengan sebahagian mereka bersenjatakan topi keledar, bergaduh di perkarangan Dataran Merdeka kelamarin

“Dipercayai salah faham antara dua kumpulan remaja di lokasi menjadi penyebab pergaduhan itu dan bukannya gangsterisme atau aktiviti kumpulan haram,”

Bagaimanapun Mohd Fahmi berkata, seorang pegawai daripada pusat kawalan daerah telah membuat satu laporan berkaitan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu memiliki senjata di tempat rusuhan.

 

Baca: Kecoh Video Tular Dua Kumpulan Mat Rempit Bergaduh Di Dataran Merdeka


Az 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.