in

Gadis Tulis Nota Sebelum Bunuh Diri, Ugut Teman Lelaki Hadiri Pengebumian Atau….

Z 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang pelajar Sarjana Muda warganegara Thailand gantung diri menggunakan tuala di dalam bilik sewanya selepas diabaikan oleh teman lelaki beliau.

Z1 2
sumber: china press

Kejadian berlaku pada 21 Januari lalu dan tiga nota bunuh diri telah dijumpai di tempat kejadian. Kesemua nota itu dipercayai ditulis sendiri oleh si mati. Gadis berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Bee itu, belajar di sebuah universiti tempatan.


Z2 1
sumber: china press

Nota yang pertama ditujukan kepada tuan tanah,

Maafkan saya kerana membunuh diri di dalam bilik.”

Manakala nota kedua pula ditujukan kepada teman lelakinya,

Sayang saya kepada awak tidak akan pernah berubah! Selepas saya mati, awak perlu memakai t-shirt dengan kedua-dua muka kita dicetak di atasnya untuk menghadiri pengebumian saya.”

Awak mesti mengatakan bahawa awak sayangkan saya dan membuat montaj tentang cinta kita dan memuat naik di Internet. Jika tidak, saya akan menghantui awak setiap malam. Terima kasih kerana membenarkan saya untuk menyayangi awak.”

Z3 2
sumber: china press

Nota terakhir pula ditujukan kepada neneknya,

Maafkan saya nenek. Saya sangat cintakan teman lelaki saya dan tidak boleh hidup tanpanya. Nenek mesti benarkan dia hadiri pengebumian saya. Tolong biarkan pengebumian saya berlangsung selama 9 hari dan jangan gantikan baju yang saya sedang pakai. dan, tolong mohon maaf kepada semua orang. Saya sayangkan nenek, ayah dan ibu saya.”

Menurut China Press, Bee meminta neneknya untuk tidak menggantikan baju yang sedang dipakai kerana baju itu mempunyai muka teman lelakinya yang dicetak di atas.

Selepas kematiannya, teman lelaki Bee telah menghasilkan montaj tentang cinta mereka dan turut menulis:

Saya sayangkan awak juga dan saya tidak dapat lupakan awak. Saya tidak sangka awak akan berbuat demikian (bunuh diri). Montaj sudah pun siap, tetapi sejujurnya saya tidak berani untuk menghadiri pengebumian awak kerana terlalu takut.”

Bagaimanapun, lelaki itu kemudian memberitahu wartawan bahawa dia akan menghadiri pengebumian itu dan menemankan teman wanitanya sehingga proses pengebumian berakhir.

Ingat semua, jangan sesekali bunuh diri ye!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.