in

Gadis Hampir Jadi Mangsa Gangguan Seksual Di Cyberjaya, Lelaki Bogel Cuba Masuk Kereta

Ft Kereta Final 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi gadis-gadis di luar sana, lebih selamat sekiranya ‘ditanam’ dalam diri sikap sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekitar sekiranya memandu secara berseorangan. Seperti memarkir kereta di tempat yang terang dan ramai orang, sentiasa mengunci pintu kereta sebaik sahaja masuk ke dalam kereta dan sebagainya.


Walaupun nampak seperti paranoid dan selalu berburuk sangka, namun tabiat sebegini berjaya mencegah diri daripada berlaku kejadian buruk yang tidak disangka-sangka.

Sediakan payung sebelum hujan kan lebih baik.  

Seperti kejadian yang tular baru-baru ini di media sosial, tabiat selalu mengunci pintu kereta sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta berjaya menyelamatkan gadis ini daripada menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki di Cyberjaya.

 

Parkir kereta tepi jalan, lelaki bogel tiba -tiba datang 

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Iza di Twitternya, dia dikatakan telah memarkir keretanya di tepi Jalan Teknorat 5, Asia Metropolitan Universiti, Cyberjaya sebelum didatangi oleh seorang lelaki yang cuba membuka pintu keretanya.

Apa yang lebih menakutkan, lelaki itu dikatakan sedang berlegar-legar di kawasan itu dalam keadaan tanpa seurat benang!

Lelaki itu berjalan dalam keadaan bogel. Dia cuba untuk buka pintu kereta saya.

Bogel

Walau bagaimanapun, gadis tersebut yang pada ketika itu turut berada di dalam kereta bernasib baik gara-gara lelaki tanpa pakaian itu tidak berjaya untuk masuk ke dalam keretanya disebabkan dia telah mengunci pintu keretanya lebih awal.

Gadis itu turut dikatakan bersedia untuk membunyikan hon kereta atau menghubungi panggilan kecemasan melalui handphonenya sekiranya lelaki itu berjaya masuk ke dalam keretanya walaupun yakin pintu keretanya itu telah dikunci terlebih dahulu.

 

Bersyukur habit selalu kunci pintu kereta selamatkan dirinya 

Gadis tersebut meluahkan rasa syukur disebabkan tabiatnya yang sentiasa beringat untuk mengunci pintu kereta selepas masuk dan menunggu dalam kereta berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa gangguan seksual lelaki yang tidak diketahui status kesihatan mentalnya itu.

Saya bersyukur saya menjadikan ia (selalu mengunci pintu kereta) sebagai tabiat untuk mengelakkan perkara-perkara buruk sebegini berlaku.

https://twitter.com/rafikaroslan/status/1341320227959627776

Allahu, mungkin lelaki tu ada masalah mental. Harap baik lelaki mahupun gadis yang dekat luar tu pun sentiasa lock pintu supaya benda buruk macam ni dapat dielakkan. 

Baca: Anak Nyaris Diculik – “Tak Dapat Bayangkan Kalau Pintu Itu Tidak LockBaca Kereta 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.