Gadis Didatangi Seorang Wanita Untuk Meminjam Powerbank Namun Rupa-rupanya Wanita itu…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah tak anda ditegur orang yang tidak dikenali semasa di tempat awam? Tiba-tiba minta nak pinjam powerbank anda pula tu. Anda nak beri atau tak selepas mengetahui yang orang tersebut sebenarnya tidak berapa ‘betul’?

Seorang pengguna Twitter, Atikah Johari telah berkongsi pengalamannya ditegur oleh seorang wanita yang tidak dikenali yang kononnya ingin meminjam powerbank. Pun begitu, wanita tersebut bukanlah ‘normal’ seperti yang disangka.

Berikut apa yang diceritakan Atikah Johari atau Tijo:

“Aku tunggu bas, Tiba ada akak tu datang, minta powerbank. Aku macam, “Oh bagi pinjam kejap.”

Gambar hiasan

Wanita ramah itu kemudian mula bertanyakan nama dan tempat tinggal Tijo secara tiba-tiba. Tijo yang baik hati melayan wanita tersebut yang mendakwa berasal dari Johor Bahru dan sedang menunggu ayah dan tunangnya yang datang membawa kereta.

“Tiba-tiba dia tunjuk cincin dekat jari dia. Dia kata, “Akak dah tunang dik!”. Kejap, muka aku ni macam nak mengorat dia ke?”

Gambar hiasan

Namun selepas itu wanita tersebut menjelaskan bahawa dia sangat teruja dengan pertunangan tersebut dan sengaja ingin berkongsi hal itu dengan Tijo. Malah, dia juga menunjukkan gambar tunangnya kepada Tijo dan memberitahu bahawa mereka bakal bernikah pada bulan Februari ini.

Wanita tersebut terus bertanya Tijo pelbagai soalan sehinggalah Tijo merasakan kelakuan wanita tersebut mula berubah pelik apabila dia kerap bertanya,

Adik dah tunang ke? Dah ada someone special?”

Haa dah start creepy dah akak ni!

Tijo yang kononnya berlagak tenang dan hanya ketawa mendengar soalan itu, tiba-tiba berasa tidak senang apabila wanita tersebut mencengkam lengannya kuat dan memandang wajahnya dengan serius. 

Dia kembali bertanya soalan yang sama, “Akak tanya ni, dah ada ke belum?” 

Eh, bab* takut aku. Aku tarik tangan aku kuat-kuat lepas itu macam ternampak bas aku dah sampai, aku kata, “Alhamdulillah kak saya gerak dulu, bye!”

Namun, tidak sepantas itu! Saat Tijo menyarung begnya ke bahu dan bergegas ingin meninggalkan stesen bas tersebut, wanita itu dengan wajah tersengih bertanya, “Kenapa gelabah ni?”

Wehh dah kenapa kakak ni?? Seremmm!

Sumber: Giphy

Malah lebih menyeramkan (atau kelakar seram) apabila Tijo terperasan akan telefon yang digunakan wanita tersebut.

‘Telefon’ dia barbie pink mainan plastik tu weh! Yang keluar lagu, “Aiyai yai benggali makan petai.”

Okayyy tak tahu nak seram ke nak gelak part ni! 

Gambar hiasan

Namun Tijo akhirnya mengetahui kebenaran akan wanita tersebut selepas pemandu bas yang dinaikinya menceritakan segala-galanya.

Menurut pemandu bas tersebut, wanita itu sudah tiga minggu merayau-rayau di stesen bas tersebut. Kematian tunang dan bapanya membuatkan wanita tersebut tertekan dan menjadi tidak tentu arah.

Gambar hiasan

Kedua-duanya meninggal dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ingin menjemputnya di stesen bas tersebut. Kereta melanggar penghadang jalan dan seterusnya dirempuh lori dari belakang. Aduhai, tragisnya…

Sumber: Giphy

Namun semuanya lebih tragik apabila wanita tersebut tidak mengetahui akan kejadian tersebut kerana telefon pintarnya terpadam akibat kehabisan bateri. Setelah menanti di situ sehingga keesokan paginya, dia mengambil keputusan untuk mengambil bas ke Johor Bahru.

Pulang ke rumah saja barulah wanita tersebut mendapat tahu akan kematian kedua-dua orang yang disayanginya selepas banyak misscalls yang diterima dari nombor yang tidak diketahui. Patutlah akak tu trauma… kesiannya.

Melalui kisahnya ini, Tijo berkongsi dua pengajaran berguna buat kita semua:

Sumber: Twitter

Perkongsiannya telah mendapat 19k retweet dan 5.7 likes dengan kebanyakan netizen tersentuh akan kisah yang dikongsikannya itu. Namun masih ada yang ragu-ragu akan cerita yang dikongsikannya kerana Tijo tidak menjelaskan beberapa fakta dengan betul.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Walau bagaimanapun, gaya penceritaan Tijo mengenai kisah wanita tersebut buat ramai yang pecah perut membacanya sungguhpun ia sebuah kisah yang sedih.

Sumber: Twitter

Warga Twitter tidak pernah mengecewakan, kan?

Sama ada betul atau tidak kisah ini, kita doakanlah saja kakak tersebut pulih dari trauma yang dihadapinya.

Baca: Khairy Jamaluddin Bertanya di Twitter Maksud ‘Daddy’, Komen Netizen Buat Ramai Pecah Perut!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!