in

“Free je kena maki” – Selamba Buat U-Turn Tengah Jalan, Pemandu Dikecam Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pihak kerajaan bagi kelonggaran ketika Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) ni ramai yang ambil peluang untuk ke kampung. Maka jalan pun jadi makin sesak, baik di bandar ataupun di kampung. Sebagai pemandu, kita mestilah sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling tambah-tambah lagi ketika jalan sesak.


Cakap pasal memandu di jalan sesak ni, admin nak share satu video pasal sebuah kereta yang tiba-tiba buat pusingan U ketika jalan sesak. Korang boleh tengok video kejadian yang dikongsi oleh @yeenhamzah kat bawah ni.

 

Selamba je

Seram admin tengok video ni. Bukan apa, nyaris tak langgar dengan kenderaan yang datang dari arah lain. Bahaya buat U-turn kat jalan sesak macam tu je.

Mungkin sebab tak cukup ruang untuk dia. Biasalah kereta panjang kan. Tak kira lah kereta panjang ke pendek ke, tetap tak boleh buat U-turn sesuka hati.

Drive troli dekat supermarket takpe nak U-turn kalau terlepas barang. Kalau berlanggar pun takde lah sampai cedera. Ni kalau kenderaan, bukan tak cedera, silap haribulan boleh hilang nyawa.

Janganlah buat macam ni. Apa beza orang yang buat onar kat jalan dengan kita baling telur kan. Tak pasal-pasal nanti kena report polis sebab merosakkan harta orang lain. 

 

Baca: BAHAYA! Alza Terbakar Angkara Power Bank Yang Meletup Akibat Cuaca Panas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.