in

Festival Mega i LINDUNG u, Permulaan Siri Jelajah PERKESO Lindung Seluruh Negara

ft karnival i lindung u

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyeru orang ramai untuk hadir memeriahkan Festival Mega i LINDUNG u 2025 yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Shah Alam, Selangor bermula 24 Oktober hingga 26 Oktober 2025.

Festival tiga hari ini merupakan festival pembuka tirai siri jelajah PERKESO LINDUNG yang akan diteruskan di negeri lain selepas ini.


Apa yang menarik, festival ini membawakan pelbagai perkhidmatan, peluang dan juga aktiviti interaktif kepada masyarakat dalam satu lokasi untuk seisi keluarga.

DSC08059 scaled e1761279329398

Selain itu, festival ini bukan hanya program santai tetapi satu usaha daripada PERKESO bagi mendekatkan orang ramai dengan perlindungan sosial dalam suasana santai dan mesra rakyat.

Semua lapisan masyarakat terutamanya warga Lembah Klang dijemput hadir bagi menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan untuk seisi keluarga. Antara yang menarik adalah sesi borak santai bersama aktivis kemanusiaan dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA), perkongsian kesihatan serta saringan kesihatan percuma, saringan kanser percuma oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA), aktiviti kecergasan dan banyak lagi.

DSC08055 scaled e1761279424864

Selain itu, terdapat juga aktiviti kerohanian seperti tausiah oleh Sheikh Mahmood Al-Wasobi disusuli dengan persembahan nasyid dari kumpulan Rabbani dan Qasidah oleh Angham Anisah.

Festival ini juga turut menyediakan pelbagai gerai jualan usahawan komuniti dan Karnival LINDUNG Kerjaya MYFutureJobs, yang menawarkan hampir 1,000 peluang pekerjaan dengan gaji sehingga RM10,000 daripada syarikat terkemuka seperti Media Prima Berhad, Watsons, DRB-Hicom Auto Solutions dan lain-lain lagi.

Artikel berkaitan : PERKESO Seru Lebih Ramai Majikan Sertai Dasar Gaji Progresif

Artikel berkaitan : PERKESO Perkukuh Jaringan Keselamatan Sosial Melalui Penjenamaan Baharu ‘Lindung’

Di samping itu, sepanjang festival ini juga PERKESO menawarkan diskaun sehingga 80 peratus bagi Faedah Caruman Lewat Bayar (FLCB) untuk majikan sebagai inisiatif kepada mereka menyelesaikan tunggakan caruman.

Lebih menarik, pengunjung Festival Mega i LINDUNG u yang bertuah berpeluang untuk membawa pulang hadiah menarik seperti tablet, basikal, jam tangan pintar Garmin dan banyak lagi.

Sumber: Aryl Je
Sumber: Aryl Je

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.