in

Fenomena Air Pasang Besar Dijangka Memuncak, APM Nasihat Jauhi Kawasan Pantai & Aktiviti Air

Apm Amaran Air Pasang Besar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan diri dari berada di kawasan pantai atau melakukan aktiviti air pada musim tengkujuh yang dijangka bakal memuncak tidak lama lagi.

Timbalan Ketua APM Kedah, Mejar Mohd Muaz Yusoff berkata, pihak mereka menjangkakan fenomena air pasang besar akan berlaku bukan sahaja di Kedah tetapi berkemungkinan di seluruh negara.


Tambahnya lagi, orang ramai diminta berwaspada pada setiap masa terutamanya mereka yang mengunjungi kawasan berisiko tinggi seperti di pantai.

Menurutnya, air pasang besar itu dijangka berlaku bermula Rabu hingga 28 Disember dengan kemuncaknya dijangka antara 24 dan 25 Deisember.

Selain itu, fenomena air pasang yang ditambah dengan keadaan hujan lebat boleh mengakibatkan banjir, terutamanya di kawasan rendah dan antara kawasan yang berisiko tinggi di Kedah ialah Pantai Cenang di Langkawi, Pantai Merdeka di Kuala Muda dan Kuala Kedah.

Menurut Muaz lagi, fenomena air pasang besar itu boleh menyebabkan ombak setinggi 3.3 meter dan ianya berbahaya kepada perenang dan bot nelayan kecil.

“Kami berharap pelancong yang datang ke pantai akan mematuhi nasihat APM yang bertugas untuk mengelakkan kes lemas”

Tambahnya, orang ramai diminta berwaspasda dengan keadaan cuaca sambil menambah bahawa amaran bendera merah telah dipasang di negeri ini untuk memaklumkan orang ramai terhadap risiko di kawasan tersebut.

447424796366962062

Beliau juga turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik semasa banjir bagi mengelak daripada terkena renjatan elektrik. Dalam masa yang sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyentuh tiang elektrik yang tumbang atau kabel putus semasa banjir ataupun hujan.

Sebagai langkah keselamatan, orang ramai diminta untuk mematikan papan pengedaran elektrik utama dan cabut semua peralatan elektrik daripada soket kuasa kerana ianya akan mengelakkan renjatan elektrik daripada berlaku.

Baca : Pernah Dikecam Sebab Idea Pelik, Tuan Rumah Kini Tersenyum Rumah Kelong Terapung Masa Banjir

Rumah Kelong Terengganu Viral

Sumber: APM Kedah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.