Staff manalah yang tak naik angin bila dah kena kerah separuh nyawa, gaji pula nak dipotong. Baru-baru ini, seluruh krew restoran makanan segera letak jawatan serentak daripada majikan mereka.
Disamping itu, mereka meninggalkan nota ‘makan dalam’ kepada pihak pengurusan selepas gaji mereka dipotong hingga 50%. Lebih menarik lagi, keadaan ini berlaku di bukan hanya satu restoran, tetapi tiga cawangan!
“Team kami enggan nak bekerja dengan majikan yang layan pekerja macam taik..F*ck you”
Menurut World Of Buzz, ketiga-tiga cawangan yang terlibat itu terletak di Ohio, Amerika Syarikat dan pemberhentian kerja yang drastik ini berlaku setelah pengurusan baru yang mengambil alih restoran ini
Mereka memutuskan untuk memotong gaji pekerja secara besar-besaran. Tidak dapat difahami, para pekerja kecewa dan memutuskan bahawa mereka naik jelak.
Oleh itu, mereka meninggalkan nota di tingkap sebelum menyerbu keluar. Thug lifee!!
” Berikutan dengan pengurusan yang teruk, seluruh cawangan ini berhenti. Syarikat ini telah dijual kepada orang yang tak pernah kisah pasal orang lain, pentingkan diri sendiri”
” Maaf jika sebarang kesulitan, tapi pasukan kami enggan untuk bekerja di syarikat yang layan pekerjanya macam taik sedangkan mereka curahkan segala-galanya di kedai ini”
” Kami dah kerja keras lama sangat. Kami semua nak pergi ke tempat yang lebih baik. Kepada pemilik baru, F*ck you! “
Apapun, tak pasti berapa banyak pendapatan mereka pada mulanya tetapi gaji minimum di Ohio adalah $ 8.55 (kira-kira RM35) sejam.
Sejak pengurusan baru telah mengambil alih perniagaan, gaji mereka dikurangkan kepada hanya $ 4 (lebih kurang RM16) per jam yang merupakan potongan gaji yang besar!
Aduhh! Tak salah kalau company tu nak cut cost tapi jangan lah sampai potong gaji pekerja, itu sumber pendapatan mereka tahu tak! Hmm, nasib lah tak seteruk syarikat yang cari salah kecil orang lepastu nak buang tanpa alasan kukuh kan?
Baca : “Nak solat juga? Sila resign” – Kedai Sukan Ugut Pekerja Muslim Yang Ingin Solat Waktu Kerja