in

12 Fakta Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai Coldplay Sebelum Pergi Konsert Jelajah Mereka!

Coldplay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tidak kenal dengan Coldplay, kugiran yang sangat popular dengan lagu Viva La Vida, Yellow dan Fix You. Sekiranya anda merupakan peminat band ini, pasti anda ternanti-nantikan konsert jelajah mereka ‘Music Of The Spheres’ yang bakal diadakan di Kuala Lumpur nanti.


Kalau anda merupakan die hard fan, pasti anda tahu asal usul band ini. Tetapi, bagaimana pula dengan peminat yang ‘suam-suam kuku’ dan hanya mendengar lagu-lagu Coldplay di laman penstriman digital?

Mesti banyak benda yang anda tak tahu tentang Coldplay kan?

Jika jawapan anda ya, rileks… Kami ada beberapa fakta menarik mengenai Coldplay yang perlu anda tahu supaya anda tidak akan digelar ‘poseur’ nanti!

12 Fakta menarik tentang Coldplay

1. Nama asalnya bukanlah Coldplay

Coldplay

Band ini terbentuk pada tahun 1995 apabila Chris Martin (vokalis) bertemu dengan gitarisnya Jonny Buckland di sebuah universiti di London.

Pada mulanya, mereka membentuk sebuah duo yang dinamakan Pectoralz. Kemudiannya, Guy Berryman menyertai kugiran tersebut yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai Starfish.

Apabila drummernya Will Champion menyertai kugiran, mereka menukar lagi nama band kepada Coldplay.

2. Lagu Yellow diinspirasikan daripada…

Yellow Pages! Ketika sedang mencari inspirasi, Chris Martin ternampak satu buku Yellow Pages berdekatan. Inilah inspirasi sebenar lagu Yellow!

3. Pergi konsert menaiki London tube

Siapa sangka, ahli band yang terkenal pun naik pengangkutan awam untuk ke konsert.

Apa yang kelakar, Chris Martin pernah sekali menaiki tube untuk ke konsert.

Walaupun dia mempunyai status ‘superstar’, tidak ada seorangpun yang mengenali mahupun menegurnya dalam tube tersebut.

Mungkin peminat malu dan tak mahu menganggu privasi Chris Martin kot!

4. ‘Something Just Like This’ pecah rekod

Video lirik single Coldplay bersama The Chainsmokers, Something Just Like This, memecah rekod video yang paling banyak distrim dalam masa 24 jam.

Video tersebut mencatat 9 juta penstriman pada hari pertama ia dimuat naik. Hebat!

5. Menamakan semula album kerana tidak mahu dianggap ‘depressing

Coldplay

Album debut Coldplay pada asalnya bernama ‘Don’t Panic’. Kemudian, namanya ditukar kepada ‘Yellow’.

Namun, kugiran tersebut menukar lagi nama album tersebut kepada ‘Parachutes’ kerana tidak mahu dianggap ‘depressing’.

6. Takut nombor ganjil

Coldplay mempunyai ketakutan terhadap nombor ganjil. Mereka rasa nombor ganjil akan membawa bala dan bencana. Jadi, mereka percaya bahawa album kelima mereka, Mylo Xyloto, mungkin tidak akan berjaya.

Namun, mereka ternyata salah. Album ini terjual sebanyak 447,000 keping dalam minggu pertama rilisan. Ia juga merupakan album rock terbaik UK pada tahun 2011, terjual hampir sebanyak 908,000 keping.

7. Semua ahli Coldplay dibayar sama rata

Menurut ahli Coldplay, mereka beroperasi secara diplomatik. Semua ahli akan menerima bayaran yang sama dan dibahagikan secara sama rata.

8. Pernah hantar surat peribadi kepada peminat

Coldplay

Coldplay pernah menulis surat peribadi kepada peminat untuk mempromosikan album mereka ‘Everyday Life’. Surat tersebut ditaip tangan dan ditanda tangan dengan pen berdakwat emas.

9. Apa itu Xyloband?

Xyloband merupakan sejenis gelang LED yang dikawal oleh gelombang radio. Ia boleh bertukar warna mengikut rentak muzik.

Xyloband pertama kali digunakan di dalam konsert Coldplay ‘Mylo Xyloto tour’ pada tahun 2012.

Disebabkan permintaan yang hangat dan popularitinya yang lebih dari jangkaan, Coldplay sering menggunakannya dalam konsert mereka.

10. Pernah kerugian £5.5 juta (RM 26.8 juta)

Disebabkan pemberian hadiah yang terlalu banyak kepada peminat, Coldplay mencatatkan kerugian jutaan ringgit ketika menjalankan konsert jelajah Mylo Xyloto.

Mereka juga tidak takut berhabis duit untuk memastikan persembahan mereka berada pada tahap yang terbaik. Bagus betul kan Coldplay ni…

11. Pernah menggunakan khidmat ahli hipnotis

Brian Eno (produser, komposer) mencadangkan agar Coldplay mengundang seorang ahli hipnotis ke studio mereka.

Coldplay mengakui banyak lagu dalam album ‘Viva La Vida’ dibikin di bawah pengruh hipnosis. Hmm…

12. Bekas Isteri Chris Martin ialah…

Gwyneth Paltrow, pelakon terkenal di Amerika Syarikat. Kalau anda tidak kenal siapa Gwyneth Paltrow, beliau pernah berlakon di dalam filem Iron Man sebagai Pepper Potts.

Menurut Chris, Gwyneth suka memasak di rumah, berbeza dengannya yang tidak pandai buat apa-apa di dapur! Tambah Martin lagi, kali terakhir beliau memasak, beliau terpaksa panggil bomba untuk padamkan api!

Kepada semua yang bakal menghadiri konsert jelajah Coldplay nanti, selamat berhibur!

Sumber: NME

Baca:0% interest fee’ – Bos Benarkan Staf Buat Pinjaman Dengan Syarikat Untuk Beli Tiket Konsert Coldplay

Coldplay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.