Pemain Selangor FC, Faisal Halim tidak dapat menahan sebak saat terkenangkan yang dia tidak dapat berada di sisi anaknya. Dalam sidang media hari ini, Faisal menjelaskan bahawa keluarga adalah kekuatan buat dirinya.
Jelasnya lagi, dia adalah orang yang paling rapat dengan anak, keakraban mereka itu sampaikan anaknya akan demam jika Faisal harus bekerja ke luar negara.
Artikel berkaitan : “Menangis tengok” -Netizen Pilu Lihat Gambar’Progress’ Pemulihan Muka & Anggota Badan Faisal Halim
Artikel berkaitan : Selepas 3 Minggu Jalani Rawatan, Faisal Halim Dibenar Keluar Hospital
Disebabkan itu, ia bukanlah satu perkara yang mudah buat Faisal untuk mengharungi dugaan ini kerana dia tidak dapat memeluk anaknya selama sebulan berikutan kelecuran badan yang dialaminya.
“Tak dapat rasakan kasih sayang seorang ayah, untuk anaknya sendiri.
“Apabila saya pulang ke rumah, saya masih tak dapat peluk dan sayang anak saya, sehinggalah baru-baru ini dalam 4 ke 5 hari ke belakang, baru saya dapat sayang dan peluk anak saya,” kata Faisal yang berasa sebak.
Sambil menitiskan air mata, Faisal menceritakan dia masih belum dapat tidur bersama anaknya lagi. Namun begitu, Faisal menjelaskan bahawa anaknya itu adalah sumber kekuatan dan semangatnya.
“Selama satu bulan, saya tak boleh peluk anak saya… ianya bukannya perkara yang mudah untuk seorang ayah.” pic.twitter.com/XaoMqOck0v
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 13, 2024
Bagaimanapun, Faisal terima dengan hati yang terbuka dan reda dengan ujian yang menimpa dirinya ini. Malah, dia berharap agar dapat ‘bangkit semula’ suatu hari ini agar dapat memberikan hadiah buat anaknya.
Sumber : Astro Awani