in

“Esok dari pukul 11 am hingga 5 pm” – Highway SILK & 5 Jalan Di KL Ini Akan Ditutup Sebab Ada Protes

Jalantutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang nak memandu ke KL atau ke Kajang masa hujung minggu nanti, kena take note sebab esok(Sabtu, 28 Disember 2019) ada jalan akan ditutup dari pukul 11 pagi sampai 5 petang!



Semalam, Polis Daerah Kajang ada mengumumkan 5 jalan utama akan ditutup sementara sempena satu persidangan yang akan diadakan untuk membantah pengenalan Jawi di sekolah-sekolah vernakular oleh kumpulan pendidikan Dong Zong.

 

Antara jalan yang bakal ditutup adalah : 

Silk Highway These 5 Main Roads In Kl Kajang Will Be Closed Tomorrow Due To Protests Objecting Jawi World Of Buzz 3
Sumber : random republika
  • Jalan Kuala Lumpur – Seremban/Jalan Bukit
  • Jalan Changkat
  • Jalan Bukit Indah
  • Jalan Jati
  • Silk Highway (menuju ke Jalan Bukit)

Jadi, korang yang nak drive ni kena take note yang penutupan jalan akan dibahagikan kepada dua fasa, seperti yang dinyatakan dalam catatan Facebook.

Fasa pertama akan melibatkan penutupan Jalan Bukit Indah dan jalan dari Jalan Jati dan Jalan Bukit. Fasa kedua akan melibatkan penutupan jalan secara berperingkat mengikut kesesakan lokasi-lokasi sekitarnya.

Memandangkan semua pemandu di kawasan-kawasan yang terjejas itu melintas jalan ini, Jabatan Polis Kajang mengingatkan orang ramai bahawa mereka harus bekerjasama dengan polis trafik dan mengikut arahan untuk mengelakkan penangguhan pemandu lain di jalan raya.

Silk Highway These 5 Main Roads In Kl Kajang Will Be Closed Tomorrow Due To Protests Objecting Jawi World Of Buzz 768X512 1
Sumber : penang travel tips

Disebabkan itu, bagi memudahkan perjalanan pemandu yang akan menggunakan jalan tersebut diarahkan mematuhi  arahan semasa pegawai daripada kawalan lalulintas yang mengawal di laluan yang berkenaan ketika dan sebelum penutupan jalan dilakukan.

Malah, pihak polis Kajang juga menegaskan agar pemandu sentiasa kawal kelajuan dan kenderaan masing-masing agar tidak berlaku kemalangan dan lain-lain perkara yang tidak diingini.

Untuk lebih mudah, elakkan dari menggunakan laluan-laluan yang akan ditutup dan gunakan laluan alternatif lain untuk menjalankan urusan harian.

 

Baca : Johore Safari World: Taman Safari Pertama di Malaysia Hanya Beroperasi 2 Tahun, Ditutup Pada 1984 Sebab Muflis

Tutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.