Masalah ekonomi dan kewangan yang dihadapi masyarakat kini membuatkan sesetengah individu memilih jalan yang salah dalam mendapatkan wang dengan cara yang mudah. Ada yang sanggup mencuri, memeras ugut dan menipu termasuklah dalam urusan sewa beli rumah.
Menerusi perkongsian pengguna Twitter bernama Yuha, dia mendakwa rakannya telah ditipu oleh pemilik rumah sewa yang kononnya ingin menyewa sebuah bilik. Rakannya bersama seorang sahabat lagi telah membayar wang sejumlah RM640 hanya untuk menempah sebuah bilik yang pada asalnya berharga RM300.
Semuanya bermula apabila rakannya bersama seorang lagi teman sedang mencari rumah sewa berdekatan dengan tempat kerjanya. Dia kemudian menjumpai iklan di sebuah website dan menghubungi pemilik kepada rumah tersebut.
Setelah menghantar pesanan WhatsApp kepada pemilik tersebut, lelaki itu kemudian meminta mereka menelefonnya. Namun rakan kepada sahabatnya tidak menelefon pemilik rumah tersebut kerana mereka sibuk berbincang untuk berkongsi bilik bersama. Namun secara tiba-tiba lelaki itu naik angin dan berkata, “Terima kasih ye kerana main-main.” Alamak!
Namun sebaik selesai melangsaikan bayaran tersebut, pemilik rumah itu meminta mereka membayar RM160 lagi untuk management fees yang mana katanya ia adalah untuk peguam membuat kontrak perjanjian serta bayaran bagi akses ID, thumbprint dan akses parkir. Tanpa berfikir panjang, rakan Yuha membuat bayaran tersebut.
Namun apa yang lebih pelik ialah rakan kepada kawan Yuha itu terpaksa membayar RM300 lagi demi membolehkannya mendaftar thumbprint tersebut. Walhal pada ketika itu mereka berdua memang sudah kering tanpa wang!
Amboi siap guna nama anak lagi!
Bagaikan orang tidak sedar, rakan Yuha membuat bayaran sebanyak RM180 kepada pemilik rumah tersebut. Pada malamnya, si tuan rumah itu kembali menghubungi rakannya lagi. Dia menawarkan pula master room dengan harga medium room, namun setiap seorang haruslah membayar RM125. Jadi keseluruhan harga bernilai RM250.
Namun secara tiba-tiba lelaki itu dikatakan marah kerana rakannya tidak boleh melangsaikan bayaran. Dia mengugut untuk block rakan Yuha kerana fed up dengan apa yang berlaku.
Seperti yang dijangkakan, lelaki tersebut akhirnya menyekat WhatsApp serta panggilan daripada rakan Yuha. Mereka kehilangan RM640 kerana penipuan ini.
Menurut Yuha, perkara tersebut berlaku dalam masa dua hari dan ia berlalu dengan begitu pantas. Meskipun ramai di antara netizen yang mengecam rakannya kerana terlalu bodoh percayakan pemilik rumah sewa tersebut, katanya rakannya sendiri pun tidak tahu bagaimana mereka boleh terjebak di dalam penipuan seperti ini.
Malah ia bukan juga kali pertama mereka berurusan dengan penyewa. Cuma kali ini ia agak berbeza kerana mereka mengikuti segala kata pemilik rumah tersebut seakan-akan mereka telah dipukau. Aduhai…
Berhati-hatilah ketika berurusan dalam sewa menyewa atau membeli rumah. Siasat betul-betul ataupun eloklah bertemu empat mata sebelum buat apa-apa perjanjian dan bayaran.
Baca: Lelaki Rugi Puluhan Ribu Gara-gara Dapat Penyewa Penagih Dadah, Rosakkan Rumah di Ampang