in

“Emosi aku liat nya” – [VIDEO] Tak Tahan Anak Buah Nangis, Lelaki Letak Arak Dalam Botol Susu Bayi 4 Bulan

3730294849

Seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis di Gorontalo, Indonesia gara-gara video tular menunjukkan dia telah memberikan minuman keras kepada anak saudaranya yang baru berusia 4 bulan.

“Tak tahan dengar anak buah menangis”

Menurut Ketua Polis, ketika hari kejadian, bapa saudara bayi bernama Andika bersama lima rakannya sedang minum minuman keras di rumah ibu apa bayi tersebut.

Bayi yang sedang tidur berdekatan dengan mereka itu menangis sebelum Andika cuba mendukung bayi tersebut dan berjaya menidurkannya semula.

85776 Aksi Seorang Paman Cekoki Bayi 4 Bulan Instagram

Beberapa saat kemudian Andika menidurkan bayi tersebut di sampingnya. Andika kemudian menuangkan bir dan minuman energi ke dalam botol bayi, dan memasukkan ujung botol tersebut ke dalam mulut bayi.”

Andika dikatakan telah memberikan minuman keras yang dicampur dengan minuman tenaga itu sebanyak dua kali dan tindakan kejamnya ini sempat dirakam oleh rakannya sebelum memuat naik di media sosial hingga tular.

Selain memberikan minuman campuran ini kepada bayi, dalam video ini juga dapat dilihat kumpulan ini telah memasang lagu dengan kuat dan speaker yang dipasang itu pula terletak sangat hampir dengan tempat tidur bayi malang itu.

Difahamkan, ketika insiden ini berlaku, ibu bapa bayi tersebut sedang memasak di dapur.

“Tak sangka akan jadi tular”

Miras

Setelah video yang dimuat naik itu tular, pihak polis telah menjalankan siasatan dan berjaya menahan enam orang lelaki yang terlibat termasuk Andika.

Daripada enam yang ditangkap, empat daripada mereka telah dianggap sebagai suspek.

“Terdapat satu akta berkenaan ‘membiarkan’ insiden itu terjadi boleh dipakai, termasuk pelaku utama yang sudah jelas bersalah. Yang lain ditahan kerana membiarkan kejadian itu berlaku.”

Menurut pihak polis lagi, Andika mengaku tindakan yang dia lakukan itu hanyalah sekadar suka-suka.

“Motifnya mungkin hanya untuk suka-suka, tetapi dia tidak menyangka bahawa ia akan menjadi tular seperti itu.”

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sekurang-kurang 2 tahun sehingga maksimum 10 tahun.

Sumber: Tribun News

 

Baca: “Siap gelak tengok budak tu mabuk” – [VIDEO] Lelaki PAKSA Budak 4 Tahun Minum Arak Sampai Terhuyung-hayang

Screenshot 2021 01 25 At 1.09.47 Pm

Sumber: Suara.com
Sumber: Sulut