in

Elon Musk Hilang ‘Takhta’ Manusia Paling Kaya Lepas Rugi RM881 Billion Tahun Lepas

Ft Elon Musk Hilang Takhta Manusia Terkaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkenal dengan jolokan individu paling kaya di dunia, billionair sensasi, Elon Musk kini hilang kedudukan tersebut selepas New York Post kelmarin melaporkan bahawa beliau mencatat kerugian pertama dalam sejarah iaitu sebanyak AS$200 bilion (RM881 bilion).

Menerusi Indeks Bilionair Bloomberg, Musk sebelum ini mencatat nilai kekayaan tertinggi dengan meraih sebanyak AS$340 bilion (RM1.5 trilion) pada November 2021. Namun, ianya menjunam sebanyak 65% apabila apabila saham syarikat miliknya, Tesla susut kepada AS$137 bilion (RM603 bilion).


 

Hilang ‘takhta’ manusia paling kaya

Untuk rekod, Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter merupakan manusia kedua memiliki kekayaan melebihi AS$200 bilion (RM881 bilion) pada 2021 selepas pengasas laman jualan Amazon, Jeff Bezos, lapor Kosmo!

Oleh itu, menurut laporan, tahun 2022 merupakan tahun terburuk bagi syarikat pengeluaran kenderaan tersebut. Penurunan itu termasuk kejatuhan nilai 11 saham Tesla sebanyak 11% pada Selasa lalu.

Wall Street Journal ada melaporkan bahawa Tesla terpaksa hentikan sementara pengeluarannya di kilang yang bertempat di Shanghai selepas China mengalami lonjakan kes Covid-19.

Susulan dengan isu ini, Musk ada menghantar satu memo kepada kakitangan Tesla pada Rabu minggu lalu memberikan ucapan terima kasih atas usaha mereka sepanjang tahun serta mengakui bahawa prestasi syarikatnya menjunam.

Screenshot 2023 01 03 151009

“Jangan terlalu ambil kisah dengan kegilaan pasaran saham. Selagi kita menunjukkan prestasi cemerlang, pasaran akan bertindak balas dengan baik.”

‘Takhta’ Musk hilang sebagai manusia terkaya di dunia pada awal Disember lalu dan ia telah dirampas oleh Pengerusi dan CEO LVMH, Bernard Arnault.

Namun begitu, kerugian itu menunjukkan bagaimana beliau dan Tesla berkembang ketika pandemik.

Lapor sumber lagi, biarpun hanya memiliki sebahagian kecil perkongsian pasaran dalam sektor kenderaan elektrik, Tesla dinilai pada harga melebihi AS$1 trilion (RM4.4 trilion) menjelang Oktober 2021.

1886238

Ia menjadikan Tesla sama taraf dengan syarikat gergasi teknologi lain seperti Apple, Amazon serta Alphabet dan syarikat induk enjin carian internet, Google, menurut laporan Bloomberg.

Bagaimanapun, saat pesaing lain mula menghasilkan kenderaan elektrik yang mengejar dan mencabar penguasaan Tesla, Musk mengalihkan tumpuannya kepada usaha baharu iaitu menjadi pemilik dan CEO laman media sosial Twitter.

Disebabkan itu, sumber melaporkan bahawa Musk terpaksa menjual sebahagian besar saham Tesla tahun lalu kerana perlu membayar kos pembelian Twitter sebanyak AS$44 bilion (RM193 bilion).

Baca : “Find someone f**lish” – Elon Musk Bakal Lepaskan Jawatan CEO Twitter Selepas Jumpa Pengganti

Ft Elon Musk

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.