Negara kita sudah beralih ke Fasa Peralihan Endemik memandangkan ramai yang dah dapat vaksin bersertakan dos penggalak, malah kebanyakan kes jangkitan Covid-19 pun banyak untuk kategori 1 dan 2, dimana tiada gejala atau bergejala ringan.
Namun begitu, kes-kes sebegini kita jangan pandang remeh, kerana imuniti itu untuk orang yang sihat, muda dan dewasa. Untuk bayi, ia sangat berisiko tinggi dan boleh membawa maut.
Ia amat meruntun hati seorang ibu yang dikenali sebagai Aainaa Mazlan ini apabila bayinya yang seawal usia 4 bulan, sihat dan ceria pergi menghadap ilahi di bulan mulia ini dalam masa beberapa jam akibat jangkitan virus tersebut.
Ibu jaga bayi dalam kereta
Sungguh tak diduga tarikh 12 April 2022 merupakan detik hitam buatnya, pada waktu itu dia sedang membeli barang sementara bayinya itu dijaga oleh ibunya dalam kereta.
Katanya keadaan bayinya pada waktu itu baik-baik sahaja, siap ada buat panggilan video dengan atuknya lagi. Ketika mereka sampai di rumah sekitar jam 12 tengah hari, anak sulungnya ada bermain dengan bayinya sebelum tidur, menurutnya bayi begitu aktif, ceria dan sihat.
Masa ibu jaga dlm kereta baby ok siap main dgn nenek, video call dgn atuk sekali. Dia cakap cakap bahasa baby dia. Dalam pkl 12 mcmtu saya dan anak2 balik rumah mcm biasa. Bagi anak sulong main dgn baby kejap sebelum dia tidur. Baby active mcm biasa, takde sakit, tak demam,
— Aainaa Mazlan (@Anmzln) April 24, 2022
Bayi dah tidur, kemas rumah, lepas 30 minit nak bagi susu, tak ada respon
Menurutnya lagi, bayi itu tidak meragam dan tidur seperti biasa, namun rasa tak sedap hati menyelubungi diri si ibu ini apabila dia cuba nak berikan susu kepada bayinya 30 minit selepas bayinya tidur, bayi itu dilihat tidak memberi sebarang respon walaupun sudah di angkat, badannya jadi sejuk.
dlm hati (mengucap banyak kali) terkedu. Keep kejut but still no response. Mata dia pun sebelah tertutup dan satu badan sejuk.
Saya, suami dan anak sulong terus bawa ke klinik berdekatan since masa tu org tgh prepare nak berbuka so takut jalan jem. sampai je klinik, doc suruh…
— Aainaa Mazlan (@Anmzln) April 24, 2022
Si ibu dan suami bergegas ke klinik dan doktor arahkan untuk buat CPR dekat bayinya sementara tunggu ambulans sampai. Mereka cuba hubungi hospital swasta tetapi semua tempat yang berdekatan tempat tinggal mereka tidak dapat menerima pesakit, hanya hospital kerajaan.
WHAT ? orang tengah memerlukan bantuan tp dorang tak terima. ok fine. masani call hospital sg buloh yg paling dkt dgn rumah saya di kota damansara. Pihak sana pun hantar ambulans ke klinik yg saya berada
sementara tunggu ambulan around 15min, we keep cpr & doc ckp “no pulse” 😭
— Aainaa Mazlan (@Anmzln) April 24, 2022
Sementara itu, si ayah terus melakukan CPR kepada anaknya sepanjang 15 minit untuk menuju ke Hospital Sungai Buloh.
siap tanya baby masih ada nadi kan ? dorang cuma jawab “sabar puan, nanti sampai hospital kami cuba sedaya yg mungkin”
— Aainaa Mazlan (@Anmzln) April 24, 2022
Baru tahu bayi positif Covid-19 padahal dah buat test 3-4 hari berturut-turut
Sesampainya mereka di Hospital Sungai Buloh, bayi tersebut terus dikejarkan ke wad ICU kira-kira jam 6.10 petang sebelum dimaklumkan doktor bahawa bayinya itu positif Covid-19.
Seperti yang diperkatakan tadi, Aainaa memaklumkan bahawa bayinya itu tiada apa-apa sebarang gejala. Allahuakbar
sambung…
doc: kami buat swab test utk baby & dia positive covid
saya: Allahuakbar 😭 (dlm hati mcm mana boleh kene)utk makluman baby tkde symptom langsung, takde demam, takde batuk, takde selsema, semua sakit tkde. elok sihat & ceria
— Aainaa Mazlan (@Anmzln) April 24, 2022
Jam 6.47 petang, bayi disahkan meninggal dunia. Al-fatihah
Allahuakbar mak mana tk sedih anak yg baru jaga 4bulan 2hari tp Allah lebihkan sayang anak syurga kami. Allah uji kami sekeluarga. Kami redha atas pemergian puteri kami Aurelia Adreena binti Mohamad Afi. Al-fatihah buat anak mama
— Aainaa Mazlan (@Anmzln) April 24, 2022
Berbahagialah sayang dengan kawan2 awak. Tunggu mama, papa & abg aidan dipintu syurga ya. Kita terpisah sementara didunia . Di akhirat insyaAllah kita bersama selamanya . mama,papa, abg aidan dan aurelia akan hidup bahagia di alam sana nanti. Ameen 🤲🏻
— Aainaa Mazlan (@Anmzln) April 24, 2022
Ibu juga disahkan positif Covid-19, tak dapat tatap anak buat kali terakhir
sambung..
urusan pengecaman mayat, mandi kan jenazah (tayammum je sbg pesakit covid) sepatutnya saya dan suami pergi tapi suami saya je boleh sbb dia result swab test negative. saya tak boleh utk semua tu utk kali terakhir anak mama 😭— Aainaa Mazlan (@Anmzln) April 24, 2022
Menurut Aaina, urusan pengebumian dilakukan keesokan harinya, katanya urusan untuk semadikan anaknya begitu mudah biarpun hanya beberapa orang ahli keluarga sahaja.
Alhamdulillah selesai pengebumian anak kami. Allah permudahkan urusan nya. Cepat sangat, cuaca pun mendung sblm berbuka dh selesai. Syukur suami dan ayah saya dapat uruskan sampai ke liang lahad walaupun dgn keadaan full ppe. Hanya beberapa org je yg boleh utk kebumikan pic.twitter.com/KsiQmEr8Z7
— Aainaa Mazlan (@Anmzln) April 24, 2022
Harap kisah ini dapat dijadikan ikhtibar untuk lebih peka dan beringat bahawa Covid-19 masih lagi mengganas di laur sana. Al-fatihah buat adik Aurelia Adreena, dan salam takziah buat Puan Aaina sekeluarga.
Baca : Bayi Meninggal Dunia Akibat Terhidu Asap Rokok Masa Majlis Cukur Jambul