Dulu selepas berita putus tunang bersama seorang penyanyi tular dan menjadi bualan serta kecaman netizen.
Sumber: Juice Online
Bertunang dengan anak Dato’
Kini Elfira muncul kembali menjadi bualan netizen tentang pertunangannya dengan seorang anak Dato’. Hmm siapa anak Dato’ tu?
Baru enam bulan putus tunang dan masih panas di telinga netizen, beberapa hari lepas sudah ada berita baru mengatakan dia telah bertunang. Dengar-dengar majlis bertunang diadakan di kediaman keluarganya di Alam Damai secara tertutup.
Netizen kecam Elfira di Twitter
Mulalah, kecoh di twitter dan sampai ada yang mengatakan hobi si Elfira ni adalah bertunang. Choi!
Sumber: Twitter
Mungkin kata-kata seperti ini sudah lali didengar pada Elfira atau mungkin Elfira juga terasa dengan kata-kata netizen ni. Yela mulut orang kita mana boleh tutupkan ?
Tidak kurang juga ada yang cakap selain hobinya bertunang, mungkin hobinya juga putus tunang. Sungguh lancang juga komen netizen ni ye!
Sumber: Twitter
Tunang ke, putus tunang ke, ayuhlah kita sama-sama berdoa demi kebahagian orang lain juga. Jangan asyik nak mengata atau pertikaikan jodoh orang je ye! Semoga berbahagia semua!
Baca: Elfira Loy Tetap Pertahankan Keberkesanan Ubat Peninggi?! Baca Apa Dia Katakan!